MELAKA: Sesi latihan terakhir skuad sepak takraw negara di Ratchaburi, Thailand dari 21 hingga 24 November ini akan menjadi penentu barisan pemain ke Sukan SEA 2025 Disember ini. Ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom berkata, sesi tersebut akan menentukan kedudukan 18 pemain yang akan dipilih untuk disenaraikan bagi kategori berpasukan, regu atau kuadran. Menurutnya, walaupun beliau sudah ada bayangan pemain yang akan disenaraikan bagi tiga acara tersebut namun ujian terakhir di…






