Malaysia Oversight

Last Rites catat kutipan pecah panggung di Amerika Utara

By MkiniBM in September 8, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


GLOBAL l Filem seram terbitan Warner Bros dan New Line, The Conjuring: Last Rites mencatat kutipan pecah panggung dengan meraih US$83 juta pada hujung minggu pertama tayangannya di Amerika Utara, lapor Xinhua pada Ahad memetik data Comscore.

Filem itu mencatat pembukaan ketiga terbesar bagi kategori filem seram di Amerika Utara, selepas It (2017) dan It: Chapter Two (2019).

Di peringkat antarabangsa, filem berkenaan mengutip US$104 juta daripada 66 wilayah, menjadikan jumlah keseluruhan tayangan global mencecah US$187 juta.

Berdasarkan kisah benar dan diarahkan oleh pengarah tetap francais Michael Chaves, filem kesembilan dalam francais Conjuring yang meraih lebih US$2 bilion itu dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson.

The Conjuring: Last Rites setakat ini menerima penilaian 56 peratus di laman ulasan Rotten Tomatoes, manakala tinjauan penonton oleh CinemaScore memberikan gred “B” pada skala “A+” hingga “F”.

– Bernama-Xinhua



Source link