Larry Ellison Memintas Elon Musk Sebagai Manusia Terkaya Dunia
Effi Saharudin
Larry Ellison untuk seketika berjaya memintas Elon Musk sebagai manusia paling kaya di muka bumi. Harta kekayaan pengasas Oracle melonjak ke $393 bilion awal pagi tadi memintas Musk yang mempunyai harta bernilai $385 bilion.

Nilia kekayaan beliau melonjak kerana saham Oracle meningkat sehingga 40% selepas syarikat melaporkan pendapatan perkhidmatan awanan dijangka meningkat 77% tahun ini. Ia dijangka akan terus meningkat dalam tahun-tahun mendatang kerana permintaan tinggi untuk pusat data daripada syarikat kecerdasan buatan (AI). Dengan sekelip mata kekayaan Ellison telah meningkat $191 bilion.

Saham Oracle kembali susut dan kini Ellison kembali sebagai manusia kedua terkaya dunia dengan kekayaan $383 bilion di belakang Musk dengan kekayaan $384 bilion menurut data terkini Bloomberg. Melihat masa depan Oracle dan Tesla yang kini berbeza, dalam masa terdekat Ellison akan memintas Musk sebagai manusia paling kaya secara kekal.
Walaupun jualan EV Tesla turut mendadak, CyberTruck gagal mencapai sasaran, dan robot Optimus masih belum dikomersialkan lembaga pengarah masih ingin memberikan pampasan $1 trilion kepada Elon jika beliau kekal sebagai CEO. Pampasan $1 trilion hanya akan diterima Musk jika berjaya berjaya menaikkan semula jualan EV, menjual lebih sejuta Cybercab dan meningkatkan semula nilai pasaran Tesla.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.