Malaysia Oversight

‘Larang daging lembu’, Hati seru jaga hati semua orang

By MkiniBM in October 8, 2025 – Reading time 2 minute
‘Larang daging lembu’, Hati seru jaga hati semua orang


Sesuai dengan namanya, Parti Hati Rakyat Malaysia (Hati) yang baru ditubuhkan membuat rayuan terhadap hati nurani .

Presiden Hati, Chan Tse Yuen menggesa kabinet mengeluarkan arahan melarang daging lembu dihidangkan di semua jamuan rasmi, memetik penghormatan terhadap sensitiviti agama penganut dan Buddha.

Bekas pemimpin MCA itu berkata langkah sedemikian akan mencerminkan Malaysia yang bukan sahaja mengajar toleransi tetapi mengamalkan persefahaman bersama antara semua agama.

Dia membuat kenyataan itu sebagai respons kepada kekecohan baru-baru ini, yang dia sifatkan sebagai “storm in a wine glass’“, berhubung Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing selepas arak  dihidangkan pada majlis makan malam Global Travel Meet (bawah).

9ee4be6f4f535b67a2e5667afa73f26d

Storm in a wine glass diubah suai daripada peribahasa Inggeris yang berbunyi storm in a tea cup yang lebih kurang sama makna dengan telur sebiji riuh sekampung dalam bahasa Melayu.

Chan berkata alkohol adalah pantang larang agama bagi orang , dan orang bukan di Malaysia sudah lama menunjukkan rasa hormat sepenuhnya terhadap larangan itu.

Dia menambah, memandangkan agama rasmi persekutuan, semua acara dan jamuan rasmi sudah mengelak daripada menghidangkan daging atau sebarang makanan tidak halal.

Chan berkata Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama yang turut merangkumi penganut dan Buddha – terutamanya penganut Guanyin – yang dilarang memakan daging lembu atas kepercayaan agama.

“Namun sehingga hari ini. 

“Realiti di hadapan kita ialah seolah-olah kurang memberi perhatian kepada pantang larang dan sensitiviti penganut dan Buddha, kerana daging lembu terus dihidangkan secara meluas di jamuan rasmi,” tambahnya.

a5689ae644e46cacae36ec86041aa102

Oleh itu, Chan menggesa kabit melarang hidangan daging lembu di semua majlis rasmi kerajaan, demi menghormati sensitiviti agama penganut Hindu, Buddha, dan penganut Guanyin.

Langkah sedemikian, kata dia, akan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia, sebagai negara berbilang agama, benar-benar menjunjung rasa hormat bersama antara semua kepercayaan.

Hati didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan pada 18 Jun dan bertujuan memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang merasakan kerajaan hilang arah tuju.

[Baca berita asal]



Source link