Malaysia Oversight

Laporan siasatan polis, JKPP hujung Jun

By MkiniBM in May 27, 2025 – Reading time 2 minute
Laporan siasatan polis, JKPP hujung Jun


Laporan siasatan polis serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, dijangka dikeluarkan pada hujung bulan depan.

Ketua Polis Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan oleh polis yang turut meliputi unsur kecuaian atau khianat telah selesai dilakukan, dan pihaknya sedang menunggu JKKP melengkapkan siasatan mereka.

“Polis dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Petronas telah membantu mereka mengeluarkan spesimen diperlukan (bagi siasatan).

“Buat masa ini, kami menunggu analisis lanjut JKKP, melibatkan analisis makmal (dan) ada pelbagai teknik digunakan ke atas spesimen dari kawasan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

cd3a5bea141eb5b8064b5be9c8a27e40

Hussein berkata sekurang-kurangnya terdapat lima spesimen dikeluarkan untuk siasatan atau analisa lanjut oleh JKKP, selain agensi lain terlibat dalam siasatan teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains juga selesai mengambil sampel diperlukan.

“Mereka (pihak terlibat dalam siasatan) perlu mendapatkan hasil analisis, barulah boleh merumuskan sebab letupan itu berlaku,” katanya dan menambah lokasi ground zero tersebut juga telah diserahkan kepada Petronas untuk proses pemulihan.

Ditanya jika jengkaut dikatakan terbenam akibat letupan itu telah dikeluarkan, Hussein berkata polis telah mengenal pasti lokasi jentera berkenaan, namun ia belum dikeluarkan.

“Kita akan keluarkan juga jengkaut selepas kerja pemulihan di ground zero selesai, kerana sebelum ini kita menumpukan kepada kawasan mempunyai paip. Kita tidak boleh buat serentak (bimbang) kawasan itu akan runtuh.

a70532435863ff53e5ad94dcc4f8391c

“Jadi sekarang siasatan di kawasan paip sudah selesai dan apabila Petronas selesai membuat proses pemulihan, pasukan siasatan akan bergerak ke tempat jengkaut terbenam.

“Kita tidak boleh mengetepikan (jengkaut) itu sepenuhnya dan kita akan siasat lanjut apabila dapat jentera tersebut. Tetapi ia bukan keutamaan dalam dalam siasatan buat masa ini,” katanya.

Kebakaran saluran gas Petronas di Putra Heights pada 8.10 pagi, 1 April menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk padam sepenuhnya, selain menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter di lokasi kejadian.

Bernama



Source link