Malaysia Oversight

Langkah Soon Huat-Shevon tersekat di suku akhir

By Utusan in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Langkah Soon Huat-Shevon tersekat di suku akhir


KUALA LUMPUR: Langkah pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti di suku akhir Terbuka Perancis selepas tewas kepada pilihan kedua dari , Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, awal pagi tadi.

Pasangan No. 8 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum akur tewas 18-21 pada set pertama di Arena Glaz, Cesson-Sevigne.

Namun, rentak mereka gagal dipertahankan pada set kedua apabila pasangan suami isteri itu tunduk 16-21 dalam tempoh 43 minit permainan.

Kekalahan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon masih buntu mencari kemenangan ke atas gandingan tersebut selepas dua kekalahan terdahulu di Terbuka dan All England musim lalu.

Yan Zhe-Dong Pin, yang kini berada di prestasi terbaik, meneruskan kemaraan ke separuh akhir untuk menentang pilihan keenam dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet esok.

Terdahulu, beregu Hong Kong itu mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara dunia dari Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam dua set mudah 21-9, 21-18. – UTUSAN





Source link