Malaysia Oversight

‘Langkah mayat kami – Isu Datuk Bandar KL ancam kedaulatan Melayu’

By MkiniBM in February 3, 2026 – Reading time 2 minute
‘Langkah mayat kami - Isu Datuk Bandar KL ancam kedaulatan Melayu’


Cadangan Jabatan Wilayah Persekutuan untuk menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya datuk bandar bagi Kuala Lumpur terus mendapat bantahan.

Hari ini, Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan pula menyuarakan amaran keras dengan menyifatkannya sebagai satu ancaman terus kepada kedaulatan Melayu dan keseimbangan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua pemudanya, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin, menegaskan bahawa Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah kota, tetapi merupakan “amanah ummah” yang tidak sepatutnya dijadikan makmal eksperimen politik oleh mana-mana pihak.

beb5b84a00338da52c6008465c6fd181

“Kami memberi amaran awal dan terbuka kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Hannah Yeoh). Jangan menguji kesabaran rakyat bandar.

Wilayah Persekutuan tidak akan berdiam diri sekiranya langkah ini diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media yang sarat dengan nada amaran, hari ini.

Azmer mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh baru-baru ini berhubung cadangan mengkaji semula pilihan raya tersebut.

Yeoh dilaporkan berkata, pilihan raya itu dilihat lebih praktikal berbanding memilih ramai ahli majlis bandar raya melalui pilihan raya tempatan.

Mengulas cadangan itu, Azmer Syazwan berkata sekiranya jawatan datuk bandar dipilih melalui mandat popular, ia berisiko mewujudkan figura “political strongman” yang mempunyai legitimasi politik lebih kuat daripada ahli Parlimen, sekali gus berpotensi mengabaikan mekanisme semak dan imbang sedia ada.

Malah, pemimpin itu mendakwa sistem pelantikan sedia ada adalah lebih selamat kerana ia tertakluk di bawah kawalan Kabinet dan Parlimen bagi menjamin kepentingan nasional, bukannya politik lokal yang sempit.

f839c5d65161968e1cc698d0ea27b9c4

Selain isu perlembagaan Azmer Syazwan turut membangkitkan kebimbangan mengenai demografi kaum dan jurang ekonomi di ibu kota, khususnya membabitkan peminggiran sistemik warga Program Perumahan Rakyat (PPR).

Katanya, tanpa jaminan struktur yang jelas, proses pilihan raya tersebut hanya akan memihak kepada pengundi berpendapatan tinggi dan pemilik hartanah, sekali gus meminggirkan kelompok rentan.

“Komuniti Melayu bandar, penduduk PPR, dan kelompok rentan akan terpinggir secara sistemik dalam proses pemilihan Datuk Bandar.

“Ini bertentangan dengan prinsip keadilan dan Maqasid Syariah,” katanya.

Sebagai alternatif, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar: melaksanakan tiga perkara berikut:

“Jangan menggadaikan kestabilan bandar demi tuntutan ideologi tertentu,”katanya.

Semalam, beberapa ahli politik Melayu, termasuk turut menyuarakan bantahan mereka dengan kebanyakan mereka lebih bertumpu kepada sentimen Melayu, berbanding merit pelaksanaan pilihan raya tersebut.

Yeoh semalam mempertahankan “kajian”, susulan bantahan yang disuarakan terhadap kajian kebolehlaksanaan mengadakan pilihan raya datuk bandar bagi Kuala Lumpur.

Dia menegaskan data serta fakta yang tepat diperlukan bagi mencapai keputusan yang meyakinkan dan menekankan bahawa “jangan sesekali takut dengan kajian”.



Source link