Malaysia Oversight

Laman Sesawang Kandungan Persatuan Bola Sepak Malaysia Digodam Perisian Tebusan

By Amanz in October 6, 2025 – Reading time 2 minute
Laman Sesawang Kandungan Persatuan Bola Sepak Malaysia Digodam Perisian Tebusan


Laman Sesawang Kandungan Persatuan Bola Sepak Malaysia Digodam Perisian Tebusan

October 6, 2025
Sekuriti

Nazrin

Pada minggu lepas, ia telah dilaporkan bahawa seramai tujuh pemain naturalisasi “keturunan” Malaysia telah dihalang daripada mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan ataupun acara bola sepak dibawah naungan FIFA kerana dikhuatiri bahawa dokumen naturalisasi yang dibekalkan adalah palsu.

Perkara ini sedang diperkatakan bukan sahaja di dalam Malaysia, tetapi sekitar rantau ini juga, sehinggakan laman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam hari ini. Laman sesawang CMS FAM (Competition Management System) telah digodam dan semua laman-laman dibawah sub-domain CMS ini tidak dapat diakses buat masa ini.

CMS FAM Hacked

Laman sesawang CMS FAM ini merupakan laman web dimana butiran berkaitan semua pertandingan bola sepak dibawah naungan Persatuan Bola Sepak Malaysia diperlihatkan, dari Malaysia Premier Football League, Piala Presiden, Piala Belia dan lain-lain, termasuklah nama pasukan, pemain kesebelasan utama, skor perlawanan, kad-kad yang diberikan dan juga nama penjaring.

image 17

Penemuan awal telah memperlihatkan bahawa penggodam mungkin telah menggunakan perisian tebusan (ransomware) untuk menggodam laman CMS ini, dan telah meminta sebanyak $7000 (~RM30,000) sebagai syarat untuk semua sistem dan kandungan platform CMS tersebut dikembalikan dengan selamat.

Bukan itu sahaja, carian CMS FAM di Google mengembalikan carian untuk laman web tersebut dengan nota berkenaan konspirasi tentang pembuatan IC palsu berkenaan status “keturunan” dan naturalisasi pemain-pemain import Malaysia baru-baru ini.

image 16

Setakat ini, nampaknya notis pembayaran perisian tebusan tersebut telah dipadamkan, tetapi akses kepada laman-laman sesawang dibawah CMS FAM masih lagi belum boleh diakses. Buat masa ini, laman sesawang utama Persatuan Bola Sepak Malaysia masih lagi boleh diakses tanpa masalah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link