Malaysia Oversight

Lagi banyak ‘bukti menjahanamkan’ akan dibongkar

By MkiniBM in April 28, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Pembocor maklumat yang mendedahkan skandal rasuah di Sabah sedang mempersiapkan lebih banyak ‘bukti menjahanamkan’ untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang masih menunggu laporan forensik penting mengenai rakaman video mendedahkan isu tersebut, yang diserahkan pada 11 Mac lalu.

Menurut jemputan akhbar yang dikeluarkan oleh peguamnya, Mahajoth Singh, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu akan menyerahkan bukti baru kepada ibu pejabat SPRM di pada pukul 3.30 petang esok.

Malaysiakini difahamkan bukti tersebut – setebal kira-kira 200 halaman – dengan teliti memperinci jejak wang dan dokumen yang menjadi inti pati skandal ini.

Sumber-sumber menyatakan dokumen tersebut juga mendedahkan pelantikan proksi sebagai pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang memohon lesen penerokaan mineral.

Lapan individu beri keterangan

Ahli perniagaan itu telah membuat dakwaan menggemparkan terhadap beberapa Sabah mendakwa mereka menerima rasuah sebagai balasan untuk mendapatkan lesen tersebut.

Dia turut mendakwa ahli politik berkenaan menuntut untuk dilantik sebagai pemegang saham melalui pengaturan proksi bagi menyembunyikan penglibatan mereka.

Sejak November lalu, ahli perniagaan ini telah mendedahkan sekumpulan video yang dirakam secara rahsia mengenai pertemuannya dengan , bersama dengan mesej WhatsApp yang mendedahkan urus niaga yang didakwa itu.

c9db704f1c91b6d6a7112dccdf631b46

Pada 22 April, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mendedahkan laporan forensik mengenai video-video tersebut masih belum siap dan dia memberi jaminan ia dijangka akan siap tidak lama lagi.

“Seperti yang saya maklumkan ketika sidang media di Sabah beberapa minggu lalu, lapan individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk satu kes baru melibatkan tohmahan yang turut disiasat,” katanya.

“Kes baru” yang disebut Azam ini merujuk video yang dikeluarkan pada 10 Mac, yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Kadzim Yahya.

Ketua pesuruhjaya SPRM itu menggesa semua pihak untuk bersabar dan mengelakkan spekulasi, di tengah-tengah tuduhan yang semakin meningkat bahawa pihak berkuasa dan cuba menutup skandal ini.

b7e761eb7974b30045502d7656dde82d

Semasa sidang media pada 10 Mac, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya menggambarkan video-video tersebut sebagai “bukti jelas” rasuah.

Dia juga mendakwa ahli perniagaan itu menerima ancaman daripada seseorang yang “lebih atas” yang menghalangnya daripada bekerjasama dengan SPRM.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan ahli perniagaan itu – yang juga sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam kartel yang cuba memonopoli perlombongan di Sabah – memiliki video-video tambahan, walaupun masih belum jelas sama ada dia bercadang untuk mendedahkannya atau tidak.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menuduh ahli perniagaan tersebut berkerjasama dengan kepentingan tertentu untuk menggugat pentadbirannya.

[Baca berita asal]



Source link