Malaysia Oversight

Label Xbox Handheld Diperkenalkan Untuk Permainan Yang Boleh Dimainkan Pada Konsol PC Mudah Alih Windows

By Amanz in June 22, 2026 – Reading time 1 minute
Label Xbox Handheld Diperkenalkan Untuk Permainan Yang Boleh Dimainkan Pada Konsol PC Mudah Alih Windows


Jika anda memiliki sebuah konsol permainan Steam Deck, anda pastinya tahu mengenai label “Steam Verified” yang menyenaraikan permainan-permainan komputer yang boleh dimainkan pada konsol tersebut secara lancar. Terkini, Microsoft juga nampaknya telah memperkenalkan label mereka sendiri, yang dinamakan “Xbox Handheld”, yang menandakan bahawa permainan tersebut sesuai dimainkan pada konsol permainan mudah-alih “Microsoft Xbox”.

Menariknya, hanya satu konsol setakat ini hadir sebagai sebuah konsol Xbox, iaitu ASUS ROG XBOX Ally X, walaupun terdapat banyak sahaja konsol permainan mudah-alih lain yang hadir menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11 seperti Lenovo Legion Go, MSI Claw 8 AI+ dan lain-lain.

image 84

Dalam pada itu, label Xbox Handheld ini diperlihatkan pada beberapa permainan komputer yang baru diumumkan seperti Gears of War: E-Day, Halo: Campaign Evolved dan State of Decay 3. Label ini juga dilihat sebagai sesuatu yang agak baru kerana ia tidak dipasarkan sewaktu acara pengumuman permainan XBOX Games Showcase baru-baru ini.

Microsoft juga sedang membangunkan konsol permainan generasi akan datang mereka yang dinamakan Project Helix yang dilaporkan boleh menggerakkan kedua-dua permainan Xbox dan juga PC, tetapi setakat ini jangkaan orang ramai ialah ia akan menjadi konsol permainan biasa, dan bukan konsol mudah-alih seperti Steam Deck ataupun ROG Xbox Ally X.

Sumber: Notebookcheck



Source link