Malaysia Oversight

Kuntuman mawar dari KL buat korban demo di Indonesia

By MkiniBM in September 3, 2025 – Reading time 2 minute
Kuntuman mawar dari KL buat korban demo di Indonesia


Sekumpulan rakyat Malaysia berkumpul di luar Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti kepada rakyat negara seberang, yang bangkit berdemonstrasi di bandar-bandar besar.

Mereka meletakkan bunga mawar merah di atas kain putih yang tertera tujuh nama, yang setiap satunya mewakili individu yang terkorban dalam protes besar antikerajaan itu.

Antara dipamerkan adalah hitam putih Affan Kurniawan, seorang pemandu teksi motosikal yang selepas dilanggar kenderaan polis pada Khamis.

Mereka membentuk bulatan dan secara bergilir-gilir meletakkan bunga dan membisikkan doa, bawah pengawasan polis.

acfeede685a6130aff461ac83a9aa25f

Selepas itu, kumpulan belia Mandiri, penganjur majlis tersebut menyampaikan ucapan.

Ibrahim sebagai pengerusi Asean mesti menyatakan pendirian tegas terhadap isu hak asasi manusia di Indonesia,” kata jurucakap Mandiri, Wong Kueng Hui.

Wong juga menuntut pembebasan aktivis yang ditahan antara 25 Ogos dan 31 Ogos, semasa gelombang pertama kekecohan yang merebak dari Jakarta ke wilayah lain.

Dunia lihat Asean

Wakil Bersih, Asraf Sharafi berkata tindakan solidariti tidak terhad kepada satu negara.

“Dunia sekarang melihat Asean. Dunia sedang melihat Indonesia dan tindak balas Malaysia.

“Hari ini kita berkumpul bersama-sama belia yang berani menunjukkan kepimpinan mereka dan mengisytiharkan bahawa apa yang dilakukan oleh Indonesia adalah salah!” katanya.

b36cb49b7bd49f48719e6e93784e6b5b

Tapak perhimpunan ditandai dengan simbolisme bendera lanun “Jolly Rogers” daripada anime Jepun One Piece, yang diangkat oleh penunjuk perasaan di Indonesia sebagai lambang penentangan.

Seorang peserta juga mendeklamasikan puisi penyair Widji Thukul, yang hilang pada 1998 dan dipercayai diculik semasa protest terhadap presiden Suharto.

Majlis tamat dengan nyanyian Buruh Tani, lagu pekerja yang telah lama diterima pakai oleh aktivis Malaysia, di samping seruan untuk reformasi institusi di Indonesia dan Malaysia.

Pada Ahad, presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengecam bantahan itu, mendakwa tindakan beberapa penunjuk perasaan sebagai “penderhakaan dan keganasan”.

67b6bceb66f0c8a91117954ec2f90ec8

Bagaimanapun, dia juga dilihat mengalah kepada kemarahan rakyat, dengan berkata parlimen bersetuju untuk membatalkan elaun tertentu untuk penggubal undang-undang.

Laporan media menyebut penunjuk perasaan mengeluarkan 17 tuntutan jangka pendek dengan tarikh akhir 5 September, serta lapan tuntutan jangka panjang untuk dipenuhi dalam tempoh setahun.



Source link