Malaysia Oversight

Kumpulan petani serah memorandum, tuntut enam isu kritikal

By MkiniBM in August 25, 2025 – Reading time 3 minute
Kumpulan petani serah memorandum, tuntut enam isu kritikal


PARLIMEN l Kumpulan petani hari ini menyerahkan memorandum bagi menggesa dan membantah enam isu yang didakwa kritikal demi masa depan sektor pertanian, nasib para petani kecil, dan jaminan bekalan makanan negara.

Mewakili lebih 40 pertubuhan yang terlibat dalam sektor itu, mereka menyatakan kebimbangan dengan hala tuju dasar pertanian negara yang dilihat semakin meminggirkan peranan dan hak-hak petani kecil dan hak-hak asasi individu.

76442b86f798e342a94fac540fd5852f

Di samping itu, kumpulan tersebut turut mempromosikan model pertanian yang tidak lestari dan berat sebelah kepada korporat-korporat besar.

Justeru mereka menggesa memartabatkan Hak-Hak Petani Selaras dengan Artikel 9, Perjanjian Antarabangsa Mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian (ITPGRFA).

“Malaysia merupakan salah sebuah negara yang telah meratifikasi ITPGRFA dan seharusnya komited untuk melaksanakan sepenuhnya Artikel 9 perjanjian tersebut. Ia secara jelas mengiktiraf sumbangan besar petani dalam memulihara dan membangunkan sumber genetik tanaman sekali gus menggariskan hak petani untuk bebas menyimpan, mengguna,

menukar, dan menjual benih yang disimpan dari ladang mereka.

“Amalan tradisi ini adalah tulang belakang kepada inovasi petani, penyesuaian tanaman terhadap perubahan iklim, dan pemeliharaan biodiversiti pertanian.

“Kami menggesa menggubal dasar-dasar yang secara aktif melindungi dan memartabatkan hak-hak ini, bukannya memperkenalkan perundangan yang menyekat dan mengkriminalisasikan hak-hak petani seperti Pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) dan Rang Undang-Undang Kualiti Benih Tanaman,” kata kumpulan tersebut.

d35a358d26756dcd1d399a5174c9762a

Terdahulu mereka diwakili sekitar 20 ahli berkumpul di luar bangunan Parlimen, hari ini, dan menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

Kumpulan itu juga menggesa mengangkat pertanian berasaskan agroekologi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13)

Selain itu mereka turut menyatakan bantahan terhadap Pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) bagi membolehkan Malaysia menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 1991 (UPOV 1991).

“Akta PNPV 2004 sedia ada adalah satu sistem sui generis yang lebih seimbang dan melindungi kepentingan negara serta petani kecil,” kata kumpulan itu.

Mereka turut membantah rang undang-undang (RUU) kualiti benih tanaman yang bersifat melampau (overkill) dan membunuh amalan tradisi petani.

“Kami membantah cadangan pengenalan RUU ini yang akan mewajibkan pelesenan kepada semua individu yang menyimpan, memproses, dan mengedar benih tanaman.

“RUU ini hanya akan menjadi alat untuk mengawal sistem benih petani yang tidak formal dan akhirnya membuka jalan kepada penguasaan pasaran oleh syarikat-syarikat besar,” katanya.

Mereka itu menuntut tindakan segera terhadap isu-isu kritikal pesawah padi di seluruh yang didakwa berdepan dengan tekanan ekonomi yang hebat susulan peningkatan kos operasi.

“Terakhir kami menuntut agar diambil tindakan segera terhadap isu dihadapi petani sayur-sayuran dan buah-buahan. Petani dalam sub-sektor ini juga tidak terlepas daripada pelbagai cabaran yang mengancam kelangsungan hidup mereka.

“Kami menuntut pengurusan kesan perubahan iklim meliputi bantuan dan sokongan teknikal yang lebih bersepadu, kawalan lambakan import, dan akses pasaran yang adil,” tambah kumpulan tersebut.

Dalan pada itu, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan meneliti isu-isu yang dibangkitkan kumpulan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut untuk membawanya ke Dewan Rakyat.


Laporan oleh N Faizal Ghazali, Hariz Mohd, Qistina Nadia Dzulqarnain.



Source link