Malaysia Oversight

Kumpulan belia dakwa Suria KLCC tetap halang bawa bendera Palestin

By MkiniBM in September 11, 2025 – Reading time 2 minute
Kumpulan belia dakwa Suria KLCC tetap halang bawa bendera Palestin


Bagi membuktikan bahawa pihak pengurusan Suria KLCC memang menghalang orang ramai daripada membawa masuk bendera Palestin ke dalam pusat beli-belah itu, seramai 10 orang belia yang diterajui oleh Mandiri berbuat demikian petang semalam.

Kali ini, mereka tidak membawa kayu batang bendera seperti yang dibawa oleh bekas ahli parlimen Batu, Tian Chua, sebelum ini dan dilarang daripada masuk.

“Sebelum ini viral satu video melibatkan Tian Chua yang mendakwa kononnya tidak dibenarkan membawa kayu, dikasari sebab bawa kayu ke dalam pusat membeli belah dan bukan (kerana) bendera Palestin.

“Oleh sebab itu, kita beberapa kawan-kawan anak muda cuba pergi ke KLCC dengan tidak membawa kayu, hanya membawa bendera.

“Tapi (kami) juga turut dihalang dan diminta untuk menurunkan bendera,” kata penyelaras Mandiri, Hamdin Nordin kepada Malaysiakini hari ini.

a0b583a301cfb8f814bac15b722b95ac

Sabtu lalu, pertelingkahan tercetus susulan demonstrasi pro-Palestin yang diadakan di luar KLCC bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean 2025.

Sehari kemudian, pihak pengurusan Suria KLCC dalam kenyataan rasminya mempertahankan tindakan pasukan keselamatan mereka, dengan menegaskan ia tidak bersifat politik.

Sebaliknya, ia menjelaskan langkah keselamatan sedia ada yang melarang pengunjung membawa masuk barangan seperti “kayu panjang” yang digunakan sebagai batang bendera.

“Jadi kami fikir sebenarnya yang cuba dibawa oleh pengurusan KLCC itu memang tak boleh bawa bendera, bukan kayu. Itu yang kami cuba terangkan sebab banyak spekulasi selepas isu Tian Chua,” kata Hamdin.

82f5eec2e63788d1198d418b7f5c1c07

Dalam sebuah video kejadian itu yang dikongsi Mandiri malam tadi, kumpulan tersebut dilihat memasuki pusat beli-belah itu dan berjalan merentasi beberapa tingkat sambil menyarungkan bendera Palestin di bahu mereka.

Video itu turut menunjukkan beberapa lelaki berpakaian sut, dipercayai kakitangan Suria KLCC, merakam gambar mereka dari jauh.

Ketika berada di tingkat bawah, rakaman menunjukkan mereka didatangi seorang anggota keselamatan yang didakwa meminta supaya bendera tersebut diturunkan.

Seorang lagi wakil Mandiri, Wong Kueng Hui, berkata kumpulan mereka memasuki pusat beli-belah itu sekitar jam 8.30 malam dan keluar kira-kira 30 minit kemudian selepas pertikaman lidah dengan pihak keselamatan.

“Yang baju putih itu dia kata, ‘Sir, tak boleh bawa bendera…’ Dia cakap bahasa Inggeris.

89e0bb1799a2cd261e369cb55c95c2e5

“…dia kata tak boleh bawa bendera. Tak spesifik bendera Palestin, cuma ‘benda macam ni’. Saya cakap dengan anggota securiti itu, ‘saya faham kamu hanya jalankan tugas, tapi kalau apa yang kami buat ini salah, boleh panggil management.’

“Tapi management tak datang,” kata Wong.

Menurut mereka, kumpulannya juga ditanya oleh polis bantuan KLCC sama ada mereka mahu membuat satu lagi perhimpunan atau tidak dan mereka jawab “tidak”.

“Akhirnya, kami tidak dihalau keluar tetapi diarahkan menurunkan bendera,” katanya.



Source link