Malaysia Oversight

Kuasai BM demi pertahan kepentingan Cina

By MkiniBM in December 14, 2025 – Reading time 2 minute
Kuasai BM demi pertahan kepentingan Cina


Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menggesa masyarakat Cina Malaysia menguasai Bahasa Melayu sebagai satu keperluan untuk melindungi kepentingan mereka.

Seruan itu dibuat susulan reaksi balas terhadap masyarakat tersebut berikutan usaha diperbaharui untuk mendapatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menekankan peningkatan polarisasi kaum di seluruh negara, Neow berkata penguasaan bahasa Melayu kini menjadi semakin penting bagi masyarakat Cina untuk memastikan peluang yang lebih adil kepada generasi akan datang.

“Hanya dengan penguasaan Bahasa Melayu, kita dapat menyertai urusan negara secara berkesan, menyatakan pendirian dengan jelas, serta mempertahankan hak sah masyarakat Cina secara tegas,” katanya pada satu kenyataan media berbahasa Cina hari ini.

6124b98cae1fc84091089b90086bdf68

Dia turut mengingatkan bahawa ketegangan kaum di Malaysia sebelum ini juga berpunca daripada jurang bahasa dan budaya.

Kekangan komunikasi itu, jelasnya, sering menyebabkan suara masyarakat Cina disalah tafsir oleh kaum lain, sekali gus menjejaskan sifat kepelbagaian budaya dan keharmonian sosial negara.

“Oleh itu, saya menggesa pemimpin muda untuk memimpin melalui teladan, bukan sahaja dengan menguasai bahasa kebangsaan, tetapi juga meningkatkan kecekapan dalam bahasa lain, supaya kita dapat menyampaikan pandangan dengan keikhlasan, hujah dan fakta, serta menyuarakan pendirian secara rasional dan tegas demi mencapai kefahaman dan rasa hormat,” katanya.

Ketegangan antara ahli politik Melayu dan Cina semakin memuncak selepas DAP memperbaharui ikrarnya untuk mendapatkan pengiktirafan UEC — satu janji yang pernah dibuat PH dalam manifesto pilihan raya umum 2018 dan 2022.

tentang UEC

Langkah itu merupakan sebahagian daripada janji DAP untuk melaksanakan reformasi dalam tempoh enam bulan serta memulihkan kedudukannya dalam kalangan masyarakat Cina, susulan kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya negeri Sabah.

Bagaimanapun, usaha mengangkat isu UEC itu sejak kebelakangan ini berdepan tentangan daripada pelbagai pihak, termasuk .

Pada 12 Disember, Perdana Menteri Ibrahim mengulas perdebatan tersebut dengan menegaskan bahawa sebarang tuntutan bahasa daripada satu kumpulan etnik perlu terlebih dahulu menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

baae34e236ae47d9ff40526cfe72b36a

Perdana menteri berkata selepas bahasa Melayu dihormati dan dikuasai, “barulah kita boleh membincangkan perkara lain.”

Sebelum ini, pernah menyatakan pada 2018 bahawa pengiktirafan UEC tidak menjejaskan kedudukan bahasa Melayu.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke cuba menjadikan pengiktirafan UEC sebagai sebahagian daripada pakej dasar yang saling melengkapi usaha memperkasa bahasa Melayu.

Mengulas lanjut mengenai perdebatan UEC, Neow berkata menteri-menteri Cina yang lantang bersuara di khalayak umum tidak seharusnya terus berdiam diri dalam mesyuarat kabinet.

“Saya benar-benar berharap semua wakil Cina dalam kabinet akan menggunakan sepenuhnya mandat dan kuasa yang diberikan rakyat untuk bersuara dan benar-benar mempertahankan semangat kepelbagaian budaya serta nilai teras yang telah lama diperjuangkan oleh masyarakat Cina,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link