OPPO baru sahaja memperkenalkan Apex Guard iaitu satu sistem yang direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang baik dengan kualiti perkakasan dan perisian yang dipertingkatkan. Kami berpeluang untuk melihat sendiri beberapa ujian dan kajian yang dibuat di OPPO Binhai Bay Campus iaitu ibu pejabat dan juga pusat penyelidikan terbaru OPPO. Dengan visi untuk meningkatkan kualiti produk ke satu tahap yang lebih tinggi, OPPO telah memberikan komitmen penuh kepada setiap fasa pembangunan produk dengan lebih mendalam, dari awal proses kajian sehingga ke produk akhir.

Terdapat tiga aspek utama Apex Guard dari segi perkakasan yang merangkumi semua barisan produk OPPO untuk meningkatkan kualitinya iaitu :
- Next-Level Quality Beyond Everyday Use
- Next-Level Quality Beyond Product Lifespan
- Next-Level Quality Beyond Existing Standards

Next-Level Quality Beyond Everyday Use
Apex Guard bukan sahaja bertugas melindungi peranti dalam keadaan yang tidak menentu seperti terkena air atau terjatuh secara tidak sengaja namun ia juga memberikan pengalaman yang lancar dan mudah diluar penggunaan seharian. Sebagai contoh, OPPO telah membangunkan bahan seperti Ultra-High-Strength Steel dan aluminium grad aeroangkasa (AM04) yang boleh tahan penggunaan seharian. Tambahan pula, OPPO memperkenalkan Armour Shield yang memberikan tahap ketahanan yang lebih

Next-Level Quality Beyond Product Lifespan
Inovasi baharu seperti teknologi bateri Silicon Carbon yang berbentuk sfera memastikan tahap kualiti yang tinggi tanpa kerisauan. Teknologi ini juga memberikan keselamatan yang baik sambil meningkatkan jangka hayat sel bateri kepada 400 kitaran tambahan. Justeru, Apex Guard ini membuatkan peranti OPPO terasa seperti peranti yang baharu walaupun sudah digunakan dalam jangka masa yang lama.

Next-Level Quality Beyond Existing Standards
OPPO telah berkolaborasi dengan beberapa syarikat ternama seperti TUV Rheinland, TUV SUD, dan SGS untuk mengangkat standard peranti mereka lebih tinggi dari pesaing dalam industri. Peranti OPPO juga akan menjalani proses pembuatan yang lebih teliti termasuk beberapa pusingan penilaian kualiti dan lebih 180 ujian dari pra-R&D sehinggalah ke produk akhir. Tidak cukup dengan itu, OPPO juga memastikan perkhidmatan selepas jualan mereka melepasi standard industri sekali dengan jaminan kualiti.

Next-Level Software Smoothness

Perisian juga termasuk dalam sistem Apex Guard dalam meningkatkan kualiti produk. Untuk memastikan peranti lancar setiap masa, OPPO memperkenalkan Luminous Rendering Engine yang terbaru dalam ColorOS 16. Teknologi ini dapat memberikan pelancaran aplikasi yang lebih pantas dengan peralihan yang lebih lancar. Untuk memastikan tahap kelancaran yang lebih konsisten, OPPO turut memperkenalkan Trinity Engine yang terbaru supaya peranti tidak akan mengalami lag semasa membuat penukaran antara aplikasi. Selain itu, OPPO juga menjalankan beberapa ujian penuaan terhadap peranti mereka dengan membuat simulasi peranti yang sudah digunakan lebih 48,60 atau 72 bulan untuk memastikan setiap peranti masih lancar seperti baru dinyahkotak.

Kesimpulan
Dengan hadirnya sistem Apex Guard ini, OPPO telah menguatkan kaitan mereka dengan perkataan kualiti. Kami sendiri boleh lihat bagaimana komited dan serius pihak OPPO dalam meningkatkan kualiti produk mereka kepada satu tahap yang baru dan lebih baik untuk para pengguna sedia ada ataupun yang baharu.







