Malaysia Oversight

Kritikan dan prinsip dua perkara berbeza

By MkiniBM in January 8, 2026 – Reading time 2 minute
Kritikan dan prinsip dua perkara berbeza


Ketua Pemuda Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini menegaskan bahawa prinsipnya dirinya tidak pernah berganjak walau seinci pun.

Dipercayai mengulas kenyataan Presiden Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru pemimpin sayap pemuda dalam parti politik supaya sentiasa meraikan perbezaan pendapat serta bersedia menerima kritikan, katanya dirinya tidak mempunyai a masalah dengan perkara itu.

“Kritik selama ini pun saya dikritik dan saya tidak ada masalah malah saya melawan lagi.

“Tetapi prinsip saya tidak akan pernah berganjak walau seinci.

Itu bezanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 bersama warga Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Puchong hari ini, Ahmad Zahid berkata dia pernah memegang jawatan Pemuda dahulu dan memahami bahawa pemuda sentiasa mempunyai idealisme berbeza.

“Pemuda mesti mempunyai idealisme yang berbeza tetapi kalau kena pandangan berbeza atau komen-komen, kita (pemuda) mesti terima itu sebagai melayani apa dipanggil sebagai perbezaan pendapat.

“… kita (pemuda) kerap beri komen kritik terhadap orang dan sebagainya (tetapi) bila orang kritik, kita kena terima. Kenapa bila orang kritik, kita kata orang itu tidak demokratik dan tidak terima hakikat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, Akmal atau mana-mana pemuda dalam parti politik tidak seharusnya mencari jalan singkat dengan melakukan tindakan tidak wajar hanya kerana ada perbezaan pendapat dalam beberapa perkara.

1d76981e6c9f4277c03a84d1026d2df2

Dia berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai Merlimau Melaka itu yang memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan dengan mengatakan dirinya mungkin telah sampai ke tahap perlu berundur.

“Kalau orang tidak setuju dengan kita, mula kita mahu cari jalan singkat. Jangan begitu, ini perjuangan politik. Kita (perlu) terima bahawa dalam politik ini bukan semua orang bersetuju dengan kita, kalau tidak setuju, tangani ketidaksetujuan itu dengan penjelasan bukan dengan tindakan yang lain.

“Secara umum mana-mana pemimpin pemuda dalam parti mesti ada idealisme. Soal saranan itu diterima atau tidak, idealisme tetap diperjuangkan, ada kaedah untuk kita menyantuni dan mendepani banyak perkara,” kata Zahid.

Akmal yang terkenal dengan kenyataan kontroversi baru-baru ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencadangkan supaya Umno keluar daripada Madani dan menerima sebagai sekutu baru dan menjadi pembangkang.

dc82a960bfac14b4e89155820f1fca01

Gesaan itu dibuat Akmal pada konvensyen khas yang diadakan Pemuda Umno.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menolak gesaan berkenaan dengan mengatakan parti itu tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang ketika ini.

Kata Zahid, setiap keputusan yang bakal dibuat Umno akan diteliti secara menyeluruh dan berhati-hati bagi mengelakkan parti itu “dipatuk ular yang sama” dua kali.



Source link