
KPM Akan Keluar Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah Bagi Murid Bawah 16 Tahun
Aman
Kementerian Pendidikan kini mengatakan akan mengeluarkan garis panduan dalam tempoh terdekat dalam meningkatkan keselamatan di semua institusi pendidikan, termasuk larangan penggunaan telefon pintar di sekolah untuk murid bawah 16 tahun.
Disamping itu, KPM (Kementerian Pendidikan) menyokong penuh hasrat kerajaan dalam menetapkan had umur untuk penggunaan media sosial, dan menguat-kuasakan hanya pengguna berusia 16 tahun ke atas boleh menggunakan media sosial. Langkah ini dijangka akan turut melindungi kanak-kanak dan remaja dari ancaman siber.
Pada hari ini juga, Perdana Menteri turut menyatakan hasrat untuk melarang penggunaan telefon pintar kepada mereka berusia bawah 16 tahun dalam mengekang ketagihan digital, selain pengaruh negatif media sosial dan permainan atas-talian. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan garis panduan daripada pihak kementerian, termasuk tarikh kuat-kuasa garis panduan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






