Malaysia Oversight

Konvensyen Khas Pemuda Umno dapat restu Zahid, kata Akmal

By MkiniBM in January 3, 2026 – Reading time 2 minute
Konvensyen Khas Pemuda Umno dapat restu Zahid, kata Akmal


Penganjuran Konvensyen Khas Pemuda hari ini mendapat restu presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi, kata Ketua Pemuda Akmal Saleh.

Bagaimanapun Akmal menegaskan cadangan untuk meninggalkan perpaduan merupakan cadangan peribadinya sendiri dan merupakan usul yang dikemukakan majoriti wakil Pemuda Umno negeri dalam konvensyen itu.

“Saya nak terangkan desakan (Umno) keluar () datang daripada saya secara peribadi dan juga akar umbi, tidak datang daripada presiden.

“Presiden merestui konvensyen, bila kita bagitahu presiden nak adakan konvensyen supaya kita nak dengar suara akar umbi, maka presiden bersetuju.

“Inilah jiwa besar walaupun presiden tahu akar umbi akan marah dan sebagainya, tetapi presiden berjiwa beliau sedia mendengar segalanya,” katanya pada sidang media selepas konvensyen yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur petang tadi.

Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan lebih 1,000 hadirin, di konvensyen itu, Akmal berkata Zahid telah menyatakan kesediaan berdepan sebarang risiko termasuk kemungkinan didakwa di mahkamah bagi menuruti kehendak akar umbi parti.

Jelas Akmal, Zahid sedia berdepan kemungkinan didakwa di mahkamah jika meninggalkan perpaduan adalah kehendak akar umbi Umno.

“(Kata Zahid) ‘Akmal, kalau itu permintaan akar umbi, demi agama, bangsa, saya lawan habis-habisan’,” jelas Akmal.

Konvensyen Khas Hala Tuju Umno Dalam Kerajaan Perpaduan hari ini antara lain dilihat sebagai manifestasi rasa tidak puas hati sayap Umno itu terhadap DAP yang merupakan sekutu mereka dalam kerajaan perpaduan.

Sebelum ini Akmal membidas Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin daripada DAP yang meraikan keputusan mahkamah menolak semakan kehakiman terhadap berhubung titah adendum bagi bekas presiden Umno itu menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Zahid turut mengkritik kenyataan Yeo yang meminta supaya dia tidak “menyimbahkan minyak ke dalam api”.

Mengulas mengenai konvensyen hari ini, Akmal berkata dia akan membawa usul dikemukakan ke Persidangan Agung Pemuda Umno pada pertengahan Januari ini.

Katanya, gesaan yang dibuat hanya untuk Umno keluar daripada kerajaan perpaduan dan bukannya bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Kita nak keluar kerajaan, kita tak nak ‘tebuk atap’, kita tak nak jatuhkan kerajaan hari ini. Saya sekeras-kerasnya halang ‘tebuk atap’,” katanya lagi.



Source link