Malaysia Oversight

Kongres Nasional PKR bermula sehari awal pada 24 Mei

By MkiniBM in May 7, 2025 – Reading time 1 minute
Kongres Nasional PKR bermula sehari awal pada 24 Mei


membuat keputusan untuk mempercepatkan tarikh Kongres Nasionalnya di Johor sehari lebih awal.

Menurut kenyataan ringkas daripada sekretariat parti itu kepada wartawan, mesyuarat agung tahunan itu kini akan diadakan pada Sabtu, 24 Mei, berbanding rancangan asal pada Ahad, 25 Mei.

Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita pula akan diadakan pada 22 Mei, dengan majlis perasmian berlangsung pada malam sebelumnya.

dijadual mengadakan pemilihan pusat pada 23 Mei di sebelah siang, diikuti dengan majlis perasmian Kongres Nasional pada sebelah malam.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh dalam satu kenyataan berkata penyelarasan semula tarikh itu dibuat berikutan Sidang Kemuncak Asean, yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei.

“Penyelarasan semula tarikh ini berikutan YAB Presiden yang merupakan Perdana Menteri Malaysia perlu menunaikan urusan rasmi negara iaitu menyambut Ketua Negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei 2025.

“Keadilan menzahirkan penghargaan di atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting ini,” ujarnya.

Bulan lalu, Fuziah dilaporkan berkata Kongres Nasional itu dijangka menghimpunkan kira-kira 10,000 perwakilan secara fizikal, manakala lebih 20,000 perwakilan akan mengundi dalam talian bagi pemilihan parti.



Source link