Malaysia Oversight

Konflik Thai-Kemboja meletus lagi: Kawal diri, gesa Anwar

By MkiniBM in December 8, 2025 – Reading time 1 minute
Konflik Thai-Kemboja meletus lagi: Kawal diri, gesa Anwar


Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja melaksanakan kawalan diri yang maksimum, susulan konflik baru yang meletus semula antara kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri Ibrahim berkata kedua-dua negara itu harus mengekalkan saluran komunikasi terbuka, dan menggunakan sepenuhnya mekanisme yang ada.

“Malaysia bersedia untuk menyokong langkah-langkah yang dapat membantu memulihkan ketenangan dan mencegah insiden lanjut,” kata yang menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata semula ini.

cfea6c1f33addd756f27599dd35de12f
d25be7ad5fe7b3d8fe2feab503182f8c

Thailand hari ini dilapor melancarkan serangan udara terhadap Kemboja selepas pertempuran baru tercetus di sempadan kedua-dua negara.

Ia dipercayai sebagai tindakan balas terhadap serangan awal pagi yang mengorbankan seorang askar Thailand dan mencederakan dua orang lagi.

Dalam kenyataan terbaru sebentar tadi, berkata dia amat bimbang dengan laporan berkaitan pertempuran bersenjata di sepanjang sempadan bersama mereka.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban atau cedera,” katanya.

“Pertempuran yang kembali berlaku ini berisiko menghancurkan usaha berhati-hati yang dibuat untuk menstabilkan hubungan antara dua negara jiran ini.”

dc6fc0a99f9b5de2b60cb1e132967c55

Anwar berkata, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) tidak mampu melihat pertikaian berpanjangan terjerumus dalam kitaran konfrontasi.

“Keutamaan segera ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam, dan kembali ke jalan diplomatik yang disokong oleh undang-undang antarabangsa dan semangat kejiranan yang menjadi sandaran Asean,” katanya.

Malaysia adalah pengerusi semasa Asean.



Source link