Malaysia Oversight

Koleksi Kad Pokemon Di Malaysia Berjaya Dijual Pada Harga RM 1.87 Juta

By Amanz in October 27, 2025 – Reading time 1 minute
Koleksi Kad Pokemon Di Malaysia Berjaya Dijual Pada Harga RM 1.87 Juta


Koleksi Kad Pokemon Di Malaysia Berjaya Dijual Pada Harga RM 1.87 Juta

October 27, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Minggu lalu, Damiral Imran seorang pengumpul tegar kad Pokemon di Pulau Pinang tular di media sosial selepas beliau mengiklankan penjualan koleksi beliau di Facebook. Hari ini beliau mengumumkan koleksi ini telah berjaya dijual pada harga RM 1.87 juta.

Koleksi kad Pokemon Malaysia
Gambar oleh – Damiral Imran

Identiti pembeli koleksi ini tidak pula didedahkan oleh Damiral menerusi hantaran di Facebook. Iklan yang dimuat naik menjadi tular kerana saiznya yang besar serta beliau meminta bayaran dalam bentuk sebuah kereta Porsche 911 Carrera 4S dan wang tunai RM 1 juta. Walaupun RM 1.87 juta nampak besar, nilai sebenar koleksi beliau di pasaran terbuka ialah RM 2.02 juta sekiranya dijual secara berasingan.

Rekod dunia jualan kad Pokemon tertinggi dipegang oleh Logan Paul. Pada Julai 2022 beliau membeli sekeping kad Pikachu Illustrator pada harga $5.275 juta (~RM 22.23 juta).

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link