Malaysia Oversight

KKM sedia semak semula GEG jika perlu haramkan vape

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menyemak semula pelaksanaan dasar berkaitan generasi penamat (GEG) undang-undang kawalan produk merokok.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, semakan hanya akan dibuat jika ada keperluan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

“…Kita terlepas peluang untuk GEG sebelum ini, tapi kalau perlu selepas ini kita akan semak semula.

“Undang-undang tidak pernah statik, undang-undang hidup dan ia dinamik, selalu responsif dan andai ditakdirkan kita perlu menyemak, saya sebagai menteri pastinya terbuka untuk menyemaknya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Pemakanan di KKM, , hari ini.

395894dfbe4831819042f7451b83c63a
Dzulkefly Ahmad

Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya berkenaan gesaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agar KKM melaksanakan larangan sepenuhnya terhadap penjualan dan rokok elektronik yang dilihat membawa pelbagai isu sosial dalam kalangan pelajar.

Gesaan itu selepas seorang pelajar Tingkatan 3 yang dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar selepas mengalami sawan, disyaki berpunca daripada menghisap , pada Isnin lalu.

Keadaan ini semakin membimbangkan apabila pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan yang mengandungi bahan berkaitan dadah. Jika tidak dikawal, ia boleh menjadi ancaman baharu di negara ini,” kata Pegawai Kanan Pendidikan CAP  NV Subbarow dalam kenyataan.

bd039eedb2c2a2b486bfd2cfa3cabeaf

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata buat masa ini, apa yang boleh dilakukan pihaknya adalah terus mempertingkat penguatkuasaan dan kawal selia produk rokok elektronik dan vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Dia berkata akta berkenaan bertujuan melindungi orang belum dewasa (OBD) daripada terjebak dengan penggunaan rokok elektronik atau vape. 

“Dengan Akta 852, kita membuat penegasan untuk mengawal selia segala hal yang terkait dengan rokok dan rokok elektronik serta semua produk merokok, apa pun bentuk atau sifatnya.

“Kita kawal selia secara rapi dari segi penguatkuasaan, sama ada bermula daripada pendaftaran, pengiklanan, pembungkusan dan penjualan kepada larangan sama sekali kepada OBD.

“Pada masa ini itu pendirian yang kita ambil,” kata ahli Parlimen Kuala itu lagi.

Di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, dia berkata PBT boleh bertindak tidak memberikan lesen kepada mereka yang ingin menjual rokok elektronik.

“PBT tak boleh halang (penjualan) tapi boleh untuk tidak berikan lesen untuk jualan,” katanya lagi.



Source link