Malaysia Oversight

K’jaan setuju naikkan fi perundingan pengamal perubatan am

By MkiniBM in October 10, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


BELANJAWAN 2026 | bersetuju agar kadar fi perundingan pengamal perubatan am ditetapkan antara RM10 hingga RM80 selepas ia tidak disemak selama kira-kira 20 tahun.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Ibrahim, semasa membentengkan belanjawan hari ini berkata, kali terakhir kadar fi tersebut disemak ialah pada 2006.

bersetuju menetapkan semula kadar fi perundingan (pengamal perubatan am) adalah antara RM10 ringgit sehingga RM80 ketimbang RM10 sehingga RM35 sebelum ini.

“Ini memberi ruang lebih fleksibel sesuai tahap perkhidmatan ditawarkan, sambil mengekalkan kadar minimum yang tidak membebankan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat.

Selain itu, berkata, juga meluluskan rancangan agar seramai 4,500 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap tahun pada tahun hadapan.

Katanya, sejak 2023 hingga tahun ini, kerajaan meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak, selain untuk pengisian tahunan, sejumlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap.

“Manakala untuk jawatan jururawat, seramai 833 jururawat kontrak ditawarkan lantikan tetap tahun ini. Pada tahun hadapan, seramai 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawar jawatan tetap.

“Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Okt ini dengan peruntukan tambahan RM120 juta setahun.

“Umpamanya, doktor pakar yang diarah bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar ETAP ditingkatkan kepada RM350 ringgit ketimbang RM250,” katanya.

Menurut , kenaikan kadar ETAP itu dibuat bagi menghargai dedikasi pegawai perubatan, pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian.



Source link