Malaysia Oversight

K’jaan rampas tanah pada 2021 bukan pemaju

By MkiniBM in September 13, 2025 – Reading time 2 minute
K'jaan rampas tanah pada 2021 bukan pemaju


Peguam kepada penduduk Kampung Sungai Baru yang membantah pengusiran mengecam seorang menteri selepas cuba melepaskan daripada tanggungjawab dalam proses pengusiran tersebut.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang berkata penduduk terkesan sepatutnya berbincang dengan pemaju kerana ia bukan keputusan tetapi mahkamah.

“Bukan mahkamah yang merampas secara paksa harta penduduk terlibat. yang melakukannya.

“Mahkamah tidak mempunyai pilihan setelah kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2021 demi kepentingan pemaju.

191051cd2817ee3ff021457a726f84e6

“Tindakan ini menyebabkan tanah penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pemaju dirampas, dan membawa kepada kontroversi nasional sekarang mengenai pengusiran penduduk,” kata N Surendran pada kenyataan hari ini.

Menyifatkan kenyataan Zaliha sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima, bekas ahli parlimen itu turut menegaskan menteri terbabit tidak langsung menyentuh soal pengambilan paksa yang dibuat pada 2021 ketika sidang media semalam.

“Kenapa beliau berdiam diri tentang itu? Adakah kerana menteri tidak mampu mempertahankan tindakan merampas tanah dan rumah rakyat hanya untuk tujuan pembangunan semula,” soalnya.

77434b778467972c6dcbe08e03c14e69

Proses pengusiran dua hari lalu bertukar kecoh apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala.

Difahamkan pegawai polis itu tercedera selepas kekecohan tercetus apabila beberapa penduduk yang tidak berpuas hati cuba memasuki kawasan berkenaan.

Berang dengan insiden itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berikrar akan meneruskan pengusiran, dengan menegaskan dia “akan lawan habis-habisan” jika ada pihak yang sengaja mencetuskan kekacauan.

Perdana Menteri Ibrahim pula menyifatkan serangan terhadap Sulizmie dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan diri.

ec063629bab646ad979bb9259cb82d08

Surendran turut mengecam Zaliha kerana mendakwa penduduk membantah pengusiran kerana tidak berpuas hati dengan nilai pampasan.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, penasihat Lawyers for Liberty itu menegaskan rungutan sebenar penduduk ialah rampasan tanah mereka secara paksa oleh kerajaan, yang kemudian diserahkan kepada pemaju.

Bekas pemimpin itu juga mengingatkan Zaliha bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penduduk.

Surendran menegaskan Zaliha sepatutnya sedar bahawa penduduk yang membantah merupakan pemilik sah tanah dan rumah – dengan hak mereka untuk memiliki harta dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

4f284b4f1df017147c294b35eaaee25d

“Adalah salah dari segi moral dan undang-undang untuk mencadangkan bahawa penduduk yang membantah sedang menindas majoriti (penduduk) yang bersetuju (pindah).

“Penduduk minoriti itu adalah pemilik sah tanah dan rumah. Mereka mempunyai hak undang-undang untuk sama ada menerima atau menolak tawaran pemaju.

“Dan hak pemilikan harta adalah hak asasi perlembagaan yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan,” tambahnya.

Surendran kemudian menggesa kerajaan campur tangan dalam isu tersebut dan bukannya mengelak daripada tanggungjawab.

“Kami mendesak kerajaan segera campur tangan dalam perkara ini untuk menghentikan pengusiran yang sedang berlangsung dan menyelesaikan pertikaian dengan cara yang adil serta saksama,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link