Malaysia Oversight

K’jaan minta Albert lapor polis, dedah pegawai SPRM suruh tutup mulut

By MkiniBM in July 23, 2025 – Reading time 1 minute
K'jaan minta Albert lapor polis, dedah pegawai SPRM suruh tutup mulut


PARLIMEN | menggesa pemberi maklumat, Albert Tei, supaya membuat laporan polis dan menamakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa telah memberi amaran agar dia tidak mendedahkan skandal perlombongan di Sabah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, dalam ucapan penggulungan beliau di Dewan Rakyat petang ini memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti bersalah.

“Perkara ni telah dibangkitkan beberapa ahli parlimen.

“Ini satu dakwaan sangat serius dan tidak boleh diteima sama sekali. Mana-mana pemberi maklumat yang tampil beri maklumat apa-apa kelakuan tidak wajar tidak boleh disekat atau diancam mana-mana pihak.

“Apa lagi pihak berkuasa sendiri. Saya ingin menasihatkan individu bernama Albert Tei tersebut untuk segera failkan laporan kepada PDRM dan jawatan kuasa aduan SPRM bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009 dengan menamakan pegawai SPRM yang terlibat dalam dakwaan tersebut.

“Saya beri jaminan sepenuh Madani tidak akan kompromi isu mengancam seperti ini dan tindakan setegas-tegasnya akan diambil sekiranya dakwaan tersebut benar,” katanya.

[Baca berita asal]



Source link