Kerajaan bersedia menaikkan had program Budi Madani RON95 (Budi95) kepada 800 liter ataupun 5,000 kilometer sebulan buat pemandu e-hailing di negara ini sekiranya rekod menunjukkan penggunaan sedemikian.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan menaikkan had Budi95 daripada 300 liter kepada 600 liter sebulan untuk pemandu e-hailing aktif membabitkan 58,000 pemandu.
“Kita sekarang mengkaji, kalau betul, ada rekod, saya nak umum di sini kerajaan bersetuju meningkatkan had Budi95 kepada pemandi e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan, maknaya 5,000 kilometer tertakluk pada syarat perjalanan ditetapkan.
“Pada masa sama kerajaan turut bersetuju teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak terima RON95 bersubsidi,” katanya ketika Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, pagi ini.
[Laporan penuh menyusul]






