Malaysia Oversight

K’jaan beri konsesi Menara KL sebab anak menteri?

By MkiniBM in August 28, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Kontroversi berhubung pengambilalihan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) kembali tercetus apabila Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob menyoal kalau-kalau urus niaga itu merupakan satu lagi kes kronisme.

Merujuk kepada rekod syarikat, ahli parlimen PN itu turut mempersoalkan jika LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) dianugerahkan konsesi tersebut kerana kaitan politik.

“Sudah ada pihak yang bertanya adakah syarikat pemegang konsesi baru itu diberikan kontrak kerana mereka ada kaitan dengan pimpinan tinggi negara.

“Ini kerana rekod SSM menunjukkan bahawa salah seorang pengarah syarikat menggunakan alamat yang sama dengan pemimpin tertinggi negara,” dakwa Fathul pada sidang media di parlimen semalam.

b671a2b7cf4454a6bd1ead6a6f049f34
Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Walaupun dia tidak menamakan sesiapa, dipercayai Fathul merujuk kepada seorang pengarah di LSH Best Builders Sdn Bhd — syarikat yang memiliki 70 peratus pegangan dalam LSHSM.

Pengarah berkenaan dipercayai anak kepada seorang menteri kanan dari Malaysia Timur.

Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada ahli politik tersebut dan LSH Best Builders.

LSHSM — usaha sama dengan Service Master (M) Sdn Bhd — dianugerahkan konsesi untuk menguruskan Menara KL pada Mei tahun lalu selepas membuka permintaan cadangan (request for proposal).

2e8a216037ec6ff61369b21471676b5a

Ia menggantikan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) — pengendali asal yang telah diambil alih oleh Hydroshoppe Sdn Bhd pada akhir 2022.

Hydroshoppe dan MKLSB kini sedang menyaman .

Menara KL pada asalnya dioperasikan oleh MKLSB yang sejak penubuhannya dimiliki sepenuhnya oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

MKLSB menjadi satu-satunya pengendali Menara KL sejak 1996 di bawah kontrak konsesi daripada yang diperbaharui setiap 15 tahun.

0962cf64a6ed14165d6134f6226d979d

Namun pada akhir 2022, TM menjual semua pegangan dalam MKLSB kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

Hydroshoppe menuntut RM1 bilion daripada kerajaan atas dakwaan penamatan konsesi secara salah.

Sementara itu, Fathul berkata jika syarikat-syarikat terbabit berjaya dalam samannya, ia boleh membawa implikasi kewangan serius kepada pembayar cukai.

“Kes ini sedang menjalani proses perundangan yang mungkin mengambil masa yang lama.

bad27f57ef3cf5df4afe363be35889a9

“Kita perlu ingat sekiranya kerajaan mengarahkan mahkamah untuk membuat bayaran, maka wang itu akan datang dari wang rakyat dalam suasana ekonomi kita yang semakin menekan,” katanya pada sidang media di parlimen semalam.

Sementara itu, Fathul turut memetik jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, bahawa ekuiti Bumiputera dalam konsesi baru itu telah dikurangkan daripada 100 peratus kepada 30 peratus.

“Langkah ini dilihat bercanggah dengan dasar negara, pelan transformasi ekonomi bumiputerab 2035.

“Perkara ini memberi impak besar terutama di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur,” tegasnya.

[Baca berita asal]



Source link