Malaysia Oversight

KJ hadir di PAU lepas minta izin dari Zahid

By MkiniBM in January 15, 2026 – Reading time 2 minute
KJ hadir di PAU lepas minta izin dari Zahid


PAU 2025 |  Di sebalik kekeruhan hubungan yang pernah terlihat di antara kedua-dua mereka, ada peristiwa menarik sebelum kelibat Khairy Jamaluddin muncul dalam persidangan hari ini.

Bercakap kepada media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Khary berkata, dia bertemu dengan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi, semasa majlis tahlil diadakan di bangunan ibu pejabat parti terbabit.

Bersama salaman itu, kata Khairy, dia bertanya – sekali gus meminta kebenaran – kepada Ahmad Zahid untuk hadir pada hari ini.

“Saya kata (kepada Ahmad Zahid): Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya takkan datang. Saya cuma akan datang kalau Datuk Seri izin saya datang,” katanya yang ditemui pada persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini.

Menurut Khairy, Ahmad Zahid kemudian menjawab: “Please come.”

Kemunculan bekas menteri dan Ketua Pemuda Umno Malaysia itu menarik perhatian ramai kerana dia memang disebut-sebut bakal menyertai parti berkenaan.

Namanya juga pernah dikaitkan dengan jawatan menteri menjelang rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Ibrahim, baru-baru ini.

Dari Rembau ke Sungai Buloh

Pertembungan Khairy dengan Ahmad Zahid bermula secara terbuka sejak pemilihan Umno pada 2018. Ketika itu Khairy mencabar Ahmad Zahid untuk jawatan presiden.

Dalam pertandingan tersebut Ahmad Zahid memperoleh 93 undi berbanding Khairy 51 undi. Seorang lagi calon ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat 23 undi.

Mendepani PRU ke-15, hubungan kedua-dua mereka semakin tegang apabila Khairy mengkritik kepimpinan Ahmad Zahid dan pengurusan parti. Dia turut mendakwa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak mempunyai “moral legitimacy” sebagai Presiden Umno.

Untuk rekod, dalam PRU tersebut mencalonkan sekali lagi Khairy untuk bertanding tetapi dia ‘dipindahkan’ dari kerusi parlimen Rembau – yang dianggap selamat – ke Sungai Buloh yang menjadi kubu kuat PH.

1f749eadacf917c682b8d4b5b847180b

Khairy kemudian dipecat 28 Jan 2023 atas alasan melanggar disiplin parti.

Mengenai kehadirannya di WTC hari ini, Khairy berkata ia adalah pengalaman yang sangat beremosi.

“Saya dapat ‘pulang’ ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baiklah selepas ini,” katanya.

Pun begitu dia tidak memberikan sebarang bayangan mengenai langkah lanjut politiknya bersama Umno ketika Ahmad Zahid sendiri memberi bayangan bahawa hubungan yang terputus boleh disambung semula.

One step at a time… one step at a time, insya-Allah.

“Hari ini saya kembali sebagai pemerhati dan insya-Allah selepas ini kita akan buat apa yang perlu,” katanya.



Source link