Malaysia Oversight

Kita kehilangan seorang ulama besar, kata Anwar

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
Kita kehilangan seorang ulama besar, kata Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim menyifatkan pemergian Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh sebagai kehilangan besar seorang ulama yang banyak berjasa kepada dunia dan umat keseluruhannya.

Menerusi catatan di Facebook, berkata bagi pihak rakyat Malaysia, beliau merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada seluruh warga Arab Saudi serta umat di seluruh dunia yang turut merasai kehilangan besar itu.

“Kita kehilangan seorang ulama besar yang cakna dengan ilmu dan hikmah yang telah banyak berjasa kepada dunia dan umat keseluruhannya.

“Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran itu.

Semalam, Agensi Berita Arab Saudi melaporkan Mahkamah Diraja mengumumkan bahawa Sheikh Abdulaziz yang menyandang jawatan itu sejak 1999 meninggal dunia.

Sheikh Abdulaziz, 82, dianggap antara ulama terkemuka yang banyak menyumbang dalam bidang ilmu serta memberi khidmat besar kepada Islam dan umatnya.

– Bernama



Source link