Malaysia Oversight

‘Kita ada adab’ – Pemimpin Bersatu tegur ahli kecoh ketika ucapan Muhyiddin

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 2 minute
‘Kita ada adab’ - Pemimpin Bersatu tegur ahli kecoh ketika ucapan Muhyiddin


Seorang ketua bahagian Bersatu mempersoalkan tindakan sejumlah ahli yang mencetuskan kekecohan ketika ucapan dasar presiden parti, Yassin, malam tadi.

Bercakap kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Ideal Convention Centre di Shah Alam, Ketua Bersatu Jerlun Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut menjelaskan yang dia cuba untuk meredakan keadaan yang tegang akibat rasa tidak puas hati terhadap ucapan .

“…Boleh bersuara, tak ada masalah. Cuma masalahnya, kita orang Melayu ada adab, ada resmi, ada resam.

“Untuk yang tak suka, kita ada banyak ruang untuk bercakap – di peringkat bahagian (misalnya). Tapi barangkali itu tak berlaku.

“Tak buat langkah-langkah sebelumnya, tapi tiba-tiba nak duduk dalam mesyuarat besar, presiden tengah bercakap di depan. Saya rasa itu tindakan yang tak murni. Kita nak jadi contoh kepada masyarakat,” katanya yang juga Kota Siputeh.

e8c4eb0ee0df7c8a82cb5bab62d83920
Ashraf Mustaqim Badrul Munir

Kekecohan tercetus malam tadi apabila cuba mengulas dakwaan ada usaha mengumpul tandatangan untuk menyingkirkannya.

Sebaik Muhyiddin membangkitkan perkara berkenaan, difahamkan terdapat hadirin yang melaungkan: “Turun Tan Sri”.

Laungan itu membangkitkan kemarahan perwakilan lain yang bangun mempertahankan Muhyiddin dengan melaungkan “hidup Tan Sri”.

648901e1ca4fe94b993bd8e4197fb582

‘Bersabar’

Menceritakan kembali kejadian itu, Ashraf berkata pada mulanya dia hanya duduk, tetapi kemudian naik ke atas kerusi untuk membantu Briged Armada, iaitu pasukan keselamatan yang dibentuk Pemuda Bersatu.

“Orang dah cakap sabar, tiba-tiba mereka ‘naik sheikh’ lagi. Briged Armada datang nak tarik (dan leraikan), terus jadi kekecohan.

“Ketika itu saya fikir ‘tak boleh jadi ni’…Jadi nak bagi orang nampak, saya naik atas kerusi dan jerit ‘dengar! Diam, sabar!’

“Saya kena naik atas kerusi, suruh orang diam dan hormat (dan kata) ‘fikirlah, guna akal sikit’,” katanya lagi.

‘Polis mesti siasat’

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Harris Idaham Rashid berkata pihaknya telah membuat laporan dalaman serta laporan polis berhubung insiden tersebut.

3e84736d1287e860ba66dd74c67ddcc5
Harris Idaham Rashid

“Kami mahu polis menyiasat kejadian semalam.

“Kami mahu tahu sama ada ia dirancang atau berlaku secara sendiri, dan yang paling penting, supaya ada laporan rasmi serta jaminan keselamatan kepada anggota Briged Armada yang turut diugut.

“Memang berlaku sentuhan fizikal. Saya bangga dengan cara Briged Armada mengendalikan keadaan,” katanya.

Ketua Bersatu Balik Pulau itu turut memaklumkan yang Pengerusi Tetap Bersatu Suhaimi Abdullah telah bertemu dengan “beberapa individu” yang didakwa bertanggungjawab mencetuskan kekecohan, dan mereka telah memohon maaf.



Source link