Malaysia Oversight

Kick Disaman Perancis Kerana Warga Negara Mati Selepas Menstrim Berterusan 280 Jam

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 2 minute
Kick Disaman Perancis Kerana Warga Negara Mati Selepas Menstrim Berterusan 280 Jam


Kick Disaman Perancis Kerana Warga Negara Mati Selepas Menstrim Berterusan 280 Jam

August 29, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Perancis akan menyaman platform penstriman langsung Kick kerana seorang penstrim meninggal dunia selepas melakukan cabaran mens trim berterusan selama 12 hari. Raphaël Graven (46) yang menggunakan nama samaran Jean Pormanove meninggal dunia pada 18 Ogos selepas 280 jam menstrim secara langsung. Sepanjang strim beliau didera oleh peserta lain dengan ditampar, disembur air dan tidak dibenarkan tidur bagi meningkatkan jumlah penonton.

Kick yang berpangkalan di Australian disaman kerana Graven ialah seorang warga Perancis. Tindakan saman dikenakan kerana Kick gagal mengawal kandungan yang dipaparkan sehingga penderaan dibenarkan berterusan lebih 11 hari. Pada waktu yang sama Kick juga akan disiasat di Australia dengan mereka berhadapan denda sehingga AUD $45 juta jika didapati lalai sehingga menyebabkan kematian.

Jean Pormanove Kick
Raphaël Graven @ Jean Pormanove

Dalam insiden 18 Ogos lalu, Graven dilihat tidak sedarkan diri semasa menstrim oleh penonton. Apabila penonton memberitahu peserta strim lain mengenai situasi ini, beliau ditampar dan disimbah dengan air kerana disangka hanya tertidur. Hanya selepas menyedari ianya situasi serius, strim dihentikan serta merta sebelum pengumuman beliau telah meninggal dunia dikeluarkan beberapa jam selepas itu.

Fenomena menstrim kehidupan seharian tanpa henti menjadi fenomena selepas pandemik. Pemilik saluran akan melakukan pelbagai gimik untuk menerima hadiah daripada penonton. Ramai yang melakukan apa sahaja yang diarahkan penonton sekiranya menerima derma. Ini termasuk melakukan aktiviti mengganggu ketenteraman awam, prank dan melanggar undang-undang.

Johnny Somali dan Vitaly adalah contoh dua penstrim tanpa henti yang kini meringkuk di penjara kerana melanggar undang-undang di Korea Selatan serta Filipina semata-mata untuk mendapatkan tontonan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link