Malaysia Oversight

Kibar bendera terbalik memang salah, tapi tak perlu buli

By MkiniBM in August 10, 2025 – Reading time 2 minute
Kibar bendera terbalik memang salah, tapi tak perlu buli


Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang menegaskan sekali lagi bahawa perbuatan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik adalah salah.

Namun, dalam kenyataan berasingan, Loke dan Chang berkata walaupun kesilapan seperti ini wajar dikenakan tindakan, ia tidak sepatutnya disertai dengan tindakan buli.

Kedua-duanya membangkitkan pepatah “menangguk di air keruh” untuk memberi peringatan terhadap provokasi, sama ada oleh “hero” yang mengapi-apikan sentimen kebencian mahupun pihak yang mahu “mengajar” orang lain cara mengibarkan bendera dengan betul.

Walaupun mereka tidak merujuk mana-mana individu secara khusus, kenyataan mereka dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh.

Terdapat dua insiden yang dilaporkan bulan ini berhubung Jalur Gemilang yang dikibar secara terbalik. Insiden pertama melibatkan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Port Dickson, Negeri Sembilan dan insiden kedua melibatkan sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang.

Pihak yang terlibat dalam dua insiden itu menjelaskan ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan.

Akmal sebelum ini lantang menyelar kedua-dua insiden itu, malah menggesa hukuman berat dikenakan.

Dalam kes di Pulau Pinang, dia turut berkata akan mengadakan “kelas” di luar kedai tersebut untuk mengajar orang ramai cara mengibarkan bendera dengan betul.

Tindakan itu mendorong Pemuda merancang mengadakan protes di luar kedai berkenaan.

Namun, Akmal telah menangguhkan “kelas” tersebut selepas polis menahan pemilik kedai itu.

Risau orang takut kibar bendera

Chang berkata tindakan keterlaluan sesetengah pihak boleh membuatkan orang ramai takut untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan.

51b530c5ea3f4fa53370d5ae7e011260
Chang Lih Kang

Sempena bulan kemerdekaan yang mulia, saya menyeru semua ahli politik memikul tanggungjawab untuk memupuk perpaduan rakyat, bukan memecah-belahkan kita,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata semangat patriotisme seseorang tidak seharusnya diukur dari segi luaran semata-mata.

“Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada negara dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh memonopoli erti patrotisme. Bak kata pepatah Inggeris, ‘the substance is more important than the form‘,” katanya lagi.



Source link