Malaysia Oversight

Khir Toyo sertai Bersatu

By MkiniBM in August 6, 2025 – Reading time 1 minute
Khir Toyo sertai Bersatu


Bekas menteri besar , Dr Mohamad Khir Toyo telah menyertai Bersatu, kata Ketua Bersatu Melaka Rahim Tamby Chik.

Menurut portal FMT, bekas ketua menteri Melaka itu mendedahkannya melalui satu hantaran Facebook yang turut disertakan dengan gambar mereka makan tengah hari bersama beberapa individu lain.

“Khir baharu saja menganggotai Bersatu dan berhasrat untuk berkongsi dan bertukar fikiran dengan pemimpin kanan demi memperkasakan keberkesanan jentera pilihan raya Bersatu dalam menghadapi PRU,” katanya.

Namun menurut portal itu, tidak jelas bila Khir menyertai Bersatu, dan alasan dia membuat keputusan tersebut serta sama ada dirinya sudah melepaskan keahliannya dalam .

Khir juga adalah juga bekas pengerusi dan yang sebelum ini masih aktif bersama parti itu.

Bekas Sungai Panjang selama tiga penggal itu, pernah dipenjara setahun kerana salah guna kuasa pada 2015 dan dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman selama enam bulan.



Source link