Malaysia Oversight

Khemah Deepavali roboh – Kan Saravanan dah cakap

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
Khemah Deepavali roboh - Kan Saravanan dah cakap


Amaran timbalan presiden , M mengenai khemah rapuh di bazar Deepavali Little India, Brickfields, Kuala Lumpur terbukti benar pagi ini apabila hujan dan angin menyebabkan beberapa khemah roboh.

Menurut gambar dan video yang dilihat Malaysiakini, khemah-khemah yang menjadi punca kemarahan itu berselerak di tengah jalan utama kawasan tersebut.

Beberapa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut dilihat cuba menegakkan semula struktur sementara itu sambil mengawal aliran trafik.

Insiden itu menyaksikan kereta, bas dan penunggang motosikal melalui kawasan berkenaan hanya beberapa inci dari khemah yang roboh. Sumber memberitahu khemah berkenaan telah “ditiup angin” lebih awal pagi tadi selepas tiupan angin dan hujan ringan.

195aad5a119c258278478d5af9f64d3c

Semalam, memberi amaran bahawa khemah itu kelihatan tidak kukuh.

“Musim perayaan Deepavali ini memang musim hujan. Kalau satu kali angin tiup, semua ini akan hilang,” katanya.

Saravanan periksa khemah

Selain mengkritik lokasi khemah di jalan utama yang terkenal dengan kesesakan trafik, dia turut berkata para peniaga akan menghadapi kesukaran untuk mempamerkan barangan kerana saiz khemah yang kecil dan sempit.

6183d0671f5b39fe6f6072b6c5e10873

Selepas melawat tapak tersebut bersama ahli persatuan peniaga Brickfields, Saravanan merayu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Sharif untuk campur tangan, sambil menjemput mereka meninjau sendiri keadaan di lapangan.

Tegasnya, peniaga sebenarnya tidak meminta khemah berkenaan — yang tertera slogan “Jajahan Rakyat” dan “Malaysia Madani.”

Dia berkata ini kerana para peniaga mampu mendirikan khemah sendiri.

Ahli parlimen Tapah itu juga mempersoalkan permintaan deposit RM2,500 bagi struktur tersebut.

c9987eb775f551a2a35d420bcced9dde

Saravanan turut mendakwa walaupun persatuan peniaga kawasan itu sebelum ini telah membayar deposit berkenaan, wang tersebut dikatakan tidak dipulangkan oleh DBKL selepas tiga tahun.

Malaysiakini telah menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Sharif untuk mendapatkan maklum balasnya.



Source link