Khairulaming Berjaya Catat Rekod Jualan Terpantas Baharu – Jualan TikTok Shop RM1 Juta Sepantas 30 Saat
Aman
Pada tahun lepas, Khairulaming berjaya mencatatkan rekod di Malaysia Book of Records untuk jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop dalam masa 3 minit 28 saat. Kini, selang lebih setahun, Khairulaming mencatatkan rekod baharu lebih pantas apabila berjaya mencatakan jualan RM1 juta dalam masa hanya 30 saat.

Rekod baharu ini dicatatkan selari pengenalan produk baharu dibawah jenama beliau, iaitu Rendang Nyet Berapi, yang dijual pada harga RM17.99 setiap satu. Untuk kali ini, Khairulaming menggunakan strategi menjual dalam berkas 5 paket, selain turut memeriahkan lagi acara pelancaran dengan menawarkan hadiah kepada lima pembeli terpantas.
Rekod baharu ini juga dicatatkan hanya beberapa hari selepas Aliff Syukri mencatatkan rekod jualan RM1 juta dalam masa 2 minit 32 saat. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada rekod Khairulaming kali ini turut disertai oleh pihak Malaysia Book of Records atau hanya dicatatkan sebagai rekod peribadi dan platform TikTok Shop Malaysia sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.