Malaysia Oversight

Khairuddin hantar mesej perpaduan dengan irama syahdu

By MkiniBM in January 18, 2026 – Reading time 2 minute
Khairuddin hantar mesej perpaduan dengan irama syahdu


Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Khairuddin Aman Razali menggunakan pendekatan tersendiri untuk menyambut hasil Perhimpunan Agung Tahunan (PAU) 2025 parti itu yang berakhir semalam.

Dalam hantaran di aplikasi TikTok, bekas ahli Parlimen Kuala Nerus itu memilih untuk menghantar beberapa mesej daripada pemimpin dengan diiringi irama lagu.

Misalnya, salah satu hantaran tersebut diiringi dengan laju Izinkan Selamanya Namamu Di Hati dendangan kumpulan EYE.

Lagu itu mengiringi catatannya mengenai usul “kaloborasi agung” yang dilontarkan Presiden , Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan penggulungan PAU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Khairuddin berkata, Umno adalah “abang besar” yang boleh menyatukan “adik-adik” yang bertelingkah kerana perbezaan politik.

“Kolaborasi agung adalah jambatan yang mencontohi risalah nabi (Muhammad) menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang bertelingkah dan berperang,” tulisnya.

Hantaran itu juga memaparkan dia tersenyum simpul dalam kenderaan berkemungkinan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri PAU 2025.

Semalam Ahmad Zahid berkata cadangan gabungan besar itu tertakluk kepada satu syarat utama, iaitu tidak mengganggu atau menggugat perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Ibrahim.

“Saya mohon persetujuan sidang perwakilan sekalian untuk kita membentuk grand collaboration atau kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti Melayu dan di seluruh negara untuk berada di bawah satu gabungan kolabrasi dengan tidak berhajat untuk menggugat perpaduan yang ada.

“Yang saya bayangkan memang ada yang merisik dan meminang, dengan ini risikan dan pinangan itu diterima dengan rasminya, dengan syarat tidak mengganggu-gugat perpaduan yang ada.

“Kita mahu supaya grand collaboration ini dapat benar-benar menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu- dalam kerangka yang lebih besar,” katanya.

Dia turut menjelaskan gabungan agung yang dicadangkan itu tidak menuntut mana-mana parti untuk membubarkan organisasi masing-masing, sebaliknya menggalakkan kerjasama secara tidak rasmi sebagai langkah permulaan.



Source link