Malaysia Oversight

Ketua Rekaan Antaramuka Apple Berpindah Ke Meta

By Amanz in December 4, 2025 – Reading time 1 minute
Ketua Rekaan Antaramuka Apple Berpindah Ke Meta


Ketua Rekaan Antaramuka Berpindah Ke Meta

December 4, 2025
Meta

Effi Saharudin

Alan Dye, Naib Presiden Rekabentuk Antaramuka sejak 2015 akan meninggalkan syarikat dan menyertai Meta pada 31 Disember 2025. Beliau diburu sendiri oleh Mark Zuckerberg dengan beliau akan mengetuai studio kreatif baharu di Meta Reality Labs bersama dengan Billy Sorrentino yang merupakan pembantu Dye di Apple. Tugas Dye kini digalas pula oleh Steve Lemay yang merupakan veteran di Apple sejak 1999.

Alan Dye Apple

Dye berkhidmat di Apple hampir 20 tahun dan adalah pengganti kepada Jony Ive selepas pereka terkemuka ini meninggalkan syarikat. Semasa di Apple, Dye terlibat dalam projek menghasilkan antaramuka Liquid Glass dan pembangunan visionOS untuk Vision Pro. Pengambilan beliau memberikan petunjuk jelas Meta dalam proses menghasilkan perkakasan baharu di Reality Labs.

Di Threads, Mark Zuckerberg berkata studio pimpinan Dye akan menggabungkan reka bentuk, fesyen dan teknologi untuk menentukan generasi produk dan pengalaman pengguna untuk generasi seterusnya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link