Malaysia Oversight

Ketua bahagian Bersatu Perak dipanggil lembaga disiplin

By MkiniBM in January 10, 2026 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Beberapa Ketua Bahagian Bersatu Perak yang sebelum ini mendesak Presiden, Yassin berundur, menerima surat notis panggilan bertemu Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu pada 14 Jan ini.

Ketua Bersatu Teluk Intan Kamaruddin Majid mengesahkan dia antara yang menerima notis berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kira-kira tiga petang semalam.

Dia memaklumkan Ketua Bahagian lain termasuk Padang Rengas, Gopeng, Tapah, Larut dan Pasir Salak serta Ketua Srikandi Tambun turut menerima notis sama.

Kamaruddin berkata surat ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Mohd Radzi Manan itu memintanya hadir ke ibu pejabat Bersatu pada dua petang tarikh berkenaan susulan dakwaan terdapat aduan disiplin ke atasnya.

“Ia mendakwa terdapat aduan disiplin secara bertulis ke atas saya susulan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Ipoh pada 10 Dis 2025, yang menyaksikan 14 bahagian telah mendesak berundur daripada jawatan presiden.

“Pengadu mendakwa kenyataan dalam sidang media tersebut adalah satu pembohongan dan telah mencemarkan imej Bersatu,” katanya ketika dihubungi.

Pada sidang media itu, sebanyak 14 kepimpinan bahagian Bersatu Perak menggesa berundur untuk memberikan laluan kepada proses pembaharuan parti, susulan kemelut yang melanda parti serta kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 lepas.

-Bernama



Source link