Malaysia Oversight

Ketika Lau kata PAS datang meminta maaf

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 3 minute
Ketika Lau kata PAS datang meminta maaf


ULASAN | Ada sesuatu yang lucu – jika pun tidak tragis – tentang episod permohonan maaf yang didakwa Dominic Lau dibuat beberapa pemimpin kanan kepadanya.

memang dikenali sebagai sebuah parti yang ‘dekat’ dengan istilah “tolak ” dan kelantangan menuduh pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, juga memiliki daya diplomasi yang tinggi.

PAS sudah tentu bukan parti kecil anak. Ia sebuah jenama politik yang telah berdekad-dekad menjual naratif bahawa merekalah “penjaga ” dan akhir-akhir ini menjadi “benteng Melayu terakhir”.

Dari pentas ceramah kampung hinggalah ke dewan parlimen, label seperti kafir, liberal, dan musuh menjadi ratib yang disulam dengan ayat-ayat suci. Sesekali mereka membaca qunut.

Retorik itu memberi mereka aura tegas seolah-olah prinsip adalah darah yang mengalir dalam tubuh parti. Namun, Lau bukanlah asing dalam senarai tokoh yang kurang disenangi sesetengah ahli PAS.

Kalau nak dikatakan marah, marah PAS itu ialah marah-marah sayang. Kalau nak dikatakan benci, ia adalah benci tapi rindu. Dalam marah dan benci, mereka menyerahkan sebuah kerusi yang berpotensi untuk menang kepada Lau di Pulau Pinang.

Dan terlepaslah kerusi tersebut kepada PH.

Dalam muktamar yang berakhir baru-baru ini, seorang perwakilan dengan bersahaja menyindir Lau dan itu sedikit sebanyak membayangkan masih ada yang terbuku di dalam hati ahli PAS.

Bukan sesuatu yang baru

Boleh saja diandaikan dia hanya berniat mahu bergurau, atau mungkin terlalu ghairah berpidato. Tetapi dalam dunia politik, kata-kata tidak pernah sekadar kata-kata.

Media menyalin, masyarakat membaca, sekutu boleh berasa tersinggung.

Kemudian berlakulah ironi besar yang terdedah dengan bersahaja. Lau mendakwa ada dua pemimpin yang begitu senior bertemu dengannya untuk menyampaikan permohonan maaf.

Dua pemimpin kanan itu ialah Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dan naib presiden parti berkenaan, Ahmad Samsuri Mokhtar. Kedua-duanya sebelum ini dilihat sebagai tokoh yang tegas.

Tetapi – seperti PAS – mereka juga ada kelebihan sebagai seorang ‘diplomat’ untuk meredakan panas hati.

Takiyuddin dan Ahmad Samsuri, kata Lau, datang untuk menjelaskan bahawa kenyataan ranggi semasa muktamar itu merupakan pandangan peribadi semata-mata.

Di sinilah penonton politik terkejut. Mengapa PAS mengendur malah meminta maaf ketika parti itu sepatutnya tahu ada yang belum selesai di antara parti berkenaan dengan Lau serta Gerakan di Pulau Pinang.

f90069529d32201e2d79047b3d5b8560

PAS seakan hidup dalam dua dunia: di hadapan penyokong sendiri atau orang awam, mereka sang singa yang gagah, mengaum dengan ayat-ayat agama, meyakinkan bahawa hanya mereka yang layak menjadi pemandu umat.

Tetapi di hadapan rakan politik – termasuk bukan Islam – singa itu menjelma sebagai kucing manja!

Langkah politik menggunakan templat sebegitu sebenarnya bukanlah baru.

Pendirian PAS memang boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperluan parti berkenaan. Ia lebih kurang sama dengan garangnya mereka apabila ada orang lain memetik ayat al-Quran tetapi tunduk takzim apabila pemimpin bukan Islam dalam parti itu mengambil tindakan sama.

Lebih kurang, PAS adalah sebuah parti seperti lilin yang boleh mencair mengikut api yang menyalakan hayat politik mereka.

Permohonan maaf kepada Lau mungkin kelihatan kecil, tetapi ia sebenarnya babak yang membongkar seluruh hipokrasi.

Dan begitulah politik PAS — lantang di mimbar, lembut bila berdepan kepentingan. Atau dalam bahasa yang lebih tepat: bukan terpaling Islam, tapi terpaling kerap ‘berpaling’.


HAFIZZUDDIN RAZIAN ialah peminat politik yang bergiat dalam parti .

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link