Malaysia Oversight

Kestabilan jadi keutamaan di tengah ‘cinta 3 segi’ PH, BN, GRS

By MkiniBM in August 16, 2025 – Reading time 3 minute
Kestabilan jadi keutamaan di tengah ‘cinta 3 segi’ PH, BN, GRS


WAWANCARA | Bagi Pengerusi Sabah Mustapha Sakmud, pengekalan kestabilan di kalangan parti dalam kerajaan adalah keutamaan untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang, meskipun ada kebimbangan berhubung kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang berisiko menjadi liabiliti.

Mustapha mengakui yang kritikan Sabah terhadap kerajaan negeri pimpinan GRS, terutama berkenaan skandal lesen perlombongan, bukan tanpa asas.

“Masing-masing ada pandangan. Tapi bagi pihak , kita juga gusar dengan perkembangan (semasa) yang berlaku.

“Cuma apa yang diminta oleh presiden parti ( Ibrahim) agar kita harmonikan keadaan ini dengan tumpuan yang penting ialah kestabilan politik, terutama di peringkat pusat.

“Bagi kami, itu lebih penting,” kata Mustaphar dalam wawancara bersama Malaysiakini di Parlimen.

543f1ba304b683045c701d19cbe58d3c
Mustapha Sakmud

Mustapha yang juga timbalan menteri pengajian tinggi menegaskan pertikaian di peringkat negeri di tengah rundingan kerusi tidak seharusnya membawa kepada perpecahan yang lebih besar di peringkat pusat.

Rundingan kerusi

Selain daripada dua kerusi DUN yang dipegang, iaitu Inanam dan Api-Api, Mustapha berkata Sabah dalam rundingan untuk bertanding di 11 lagi kerusi, daripada 23 kerusi yang disasarkan komponen PH yang lain – DAP, Amanah dan Upko.

Daripada 13 kerusi itu, kemungkinan kekal atau berkurang. Sebab kita sedang berbincang dengan GRS, kemungkinan akan berkurang.

“Tapi untuk kerusi yang kita rasa tiada masalah (dalam rundingan), kita sudah buka bilik gerakan utama.

“Di kerusi yang berpotensi tidak akan bertindih dengan kedua-dua rakan kerjasama ( dan GRS), kita juga sudah latih jentera kita, 100 orang di setiap DUN,” katanya lagi.

5eccbed3c3db7d43ab9a76d00afb6158

Menjelang pembubaran DUN Sabah yang dijangka bulan depan, mahupun GRS telah masing-masing telah menyuarakan komtimen untuk menjalin kerjasama dengan PH.

Ditanya jika PH bersedia menghadapi kemungkinan pertembungan antara calon BN dan GRS, Mustapha berkata: “Kita harap tidak akan ada pertembungan…kita akan lihat perkembangan. Buat masa ini, kita masih mengharap agar boleh harmonikan keadaan.”

Ketika lawatan ke Sabah awal bulan ini, menyentuh soal “cinta tiga segi” BN-PH-GRS dan menyatakan harapan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh memecahkan blok kerajaan serta mengelirukan pengundi.

Mengulangi pendirian perdana menteri, Mustapha berkata, ketiga-tiga gabungan harus cuba bertolak ansur.

“Memang ada liabiliti dan kita kena bina satu naratif yang sesuai agar rakyat boleh terima. Kita pun maklum rakyat ada pandangan masing-masing

“Tapi bagi kami, kestabilan politik menjadi keutamaan, terutama dalam bagaimana mengekalkan kerajaan Madani di peringkat persekutuan, dan cuba turunkan (kestabilan itu) ke peringkat negeri,” katanya lagi.

367b11659021294fc225083a2069dbff
Suhaimi Nasir

Ketua Penerangan Sabah Suhaimi Nasir sebelum ini menyifatkan GRS sebagai “liabiliti” menjelang PRN dan menyuarakan kebimbangan terhadap kerjasama rasmi dengan gabungan itu.

“Kita bukan tak mahu bergabung, mahu juga untuk perpaduan. 

“Tapi kalau bergabung akan terpalit juga isu rasuah, isu pentadbiran. Belum lagi pembohongan macam-macam,” dakwa Suhaimi.

Langkah solo Warisan

Sementara itu, Mustapha turut mengulas keputusan Warisan untuk bertanding di kesemua 73 kerusi, dengan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada landskap politik unik di Sabah.

“Setiap parti ada kekuatan. Ada yang memainkan sentimen lokal, Sabah for Sabahan, ada yang memainkan kepentingan nasional. Ada yang cuba harmonikan (kedua-duanya).

PKR lebih kepada membawa keharmonian antara nasional dan lokal,” katanya lagi. 

966e63630d0c45ea88d3db874c3693d8

Dia menegaskan politik Sabah telah melalui beberapa fasa – daripada parti tempatan seperti Usno, Berjaya, dan PBS, kepada gabungan BN yang berkuasa di peringkat persekutuan dan negeri, diikuti kebangkitan Warisan sebagai parti tempatan utama dengan sokongan PH.

“Sabah sudah melalui pelbagai model (fasa) dan setiapnya ada kekuatan masing-masing. Saya tak nafikan Warisan ada kekuatan, terutama di pantai timur (Sabah). Saya fikir rakyat Sabah sudah matang untuk membuat keputusan.

“Dari segi populariti, paling tinggi di Sabah, jadi mungkin itu akan beri kesan semasa PRN,” katanya lagi.

Dia turut mengakui sentimen politik Sabah berbeza mengikut kawasan.

“Di kawasan Kadazan Dusut Murut, saya tak nafikan sentimen tempatan kuat. Itu perjuangan mereka dari awal. Tapi ada beberapa tempat, terutama di kawasan bumiputera dan Islam, ada rasa hormat kepada kerajaan sedia ada.

“Inilah dinamik di Sabah, jadi kita perlu penuhi selera pengundi,” katanya lagi.



Source link