Malaysia Oversight

Kesilapannya, saya tak umum ia bukan lagi program rasmi Motac

By MkiniBM in October 9, 2025 – Reading time 3 minute
Kesilapannya, saya tak umum ia bukan lagi program rasmi Motac


PARLIMEN l Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing mengakui kesilapan tidak mengumumkan majlis makan malam Global Travel Meet 2025 pada 1 Oktber lalu telah diambil alih oleh pemain industri pelancongan.

Katanya, ini mengundang salah faham di kalangan orang ramai, dan menyebabkan rakyat melihat ia seolah-olah masih dianjurkan Tourism Malaysia.

9ee4be6f4f535b67a2e5667afa73f26d

“Pada awalnya Global Travel Meet merupakan program rasmi kementerian. Namun, demi menjimatkan kos, kami terus mengadakan perbincangan dengan pemain industri untuk mengambil alih kos program itu, mereka minta tunggu dulu.

“Lepas mereka mendapat lebih RM420 juta, mereka kata kami ambil alih majlis makan malam. Jadi, ia menjadi program swasta.

“Cuma kesilapannya, saya tak mengumumkan ia program swasta diambil alih pemain industri, dan ia bukan lagi program rasmi Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya),” katanya semasa sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tiong berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) memintanya menyatakan garis panduan kementerian bagi memastikan majlis rasmi termasuk yang ditaja oleh pihak swasta atau industri mematuhi pekeliling perkhidmatan 3/2003 khususnya larangan menghidangkan alkohol dalam majlis rasmi .

da4cd1cfe13a0f92a30f15b0af0be5a8
Wan Hassan Mohd Ramli

Bagaimanapun, Tiong menegaskan bahawa majlis makan malam itu bukan program rasmi .

“Peraturan mengenai pekeliling perkhidmatan 3/2003 hanya terpakai bagi jamuan rasmi yang menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan.

“Inilah saya sekali lagi berkata itu majlis itu bukan rasmi, tetapi swasta. Maka pekeliling 3/2003 tak terpakai dan isu berkaitan minuman arak tak sepatutnya tertimbul,” katanya.

Tiong juga mengakui, sepatutnya pihaknya menukar lebih awal ‘backdrop’ di atas pentas utama yang tertera logo dan nama Tourism Malaysia kepada logo penganjur iaitu dari pihak industri dan swasta.

“Saya buat kesilapan kerana logo di sana masih tunjuk (tertera) Tourism Malaysia, bawah (dalam dewan) semua pemain industri. Acara makan malam itu bukan rasmi, ia adalah acara ‘private’. (Jadi) pekeliling tidak terpakai dan isu minimum beralkohol tak sepatutnya timbul.

87a81dfc483feb79c643e8bb236121a0

“Namun saya dan Motac dengan penuh tanggungjawab mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang menimbulkan segala kesulitan. Segala yang timbul amat dikesali,” katanya.

Justeru, Tiong menggesa orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menghina, membuat tuduhan melulu dan mengheret isu berkenaan ke perdebatan politik.

“Perdana Menteri ( Ibrahim) bagi nasihat, kita terima. Saya kata, kita jangan ulang main politik, tuduh dan (kononnya) hina orang .

“Kita tak hina, dalam apa anjuran kita, memang tak ada alkohol di atas meja,” katanya.

Sebelum ini, Tiong menerima kecaman sama ada daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan. Mereka menyifatkan alasan Tiong bahawa majlis makan malam itu merupakan inisiatif pihak swasta sebagai tidak boleh diterima.

5ed67bd45ffd2718b0064d27199f4d99

Perdana Menteri Ibrahim turut menegaskan semula bahawa dasar kerajaan adalah alkohol tidak boleh dihidangkan dalam mana-mana acara rasmi kerajaan.

Terdahulu, Tiong memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia mewakili Motac menyatakan kekesalan dengan isu tersebut.

“Saya bagi pihak Motac dengan tanggungjawab menyesali dengan segala kekeliruan, atau salah faham dan segala kesulitan amat dikesali.

“Motac juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada perdana menteri atas nasihat dan teguran membina dan sokongan berterusan kepada Motac,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Doris Sophia anak Brodi (GPS-Sri Aman), Tiong memaklumkan Global Travel Meet 2025 berjaya mengutip nilai jualan pelancongan berjumlah RM420 juta sepanjang tiga hari penganjurannya.

4c6362ac288bd2418b6c7a5b1c201ae8
Doris Sophia anak Brodi

“(Awalnya) kita jangka kemungkinan penganjuran ini boleh dapat RM50, RM60 juta saja kerana ini adalah pertama kali (dianjurkan). Kita jual (pakej pelancongan) kepada antarabangsa.

“Itulah impak rundingan B2B (perniagaan dengan perniagaan) antara penggiat industri tempatan dan syarikat agensi, nilai keseluruhan yang diperoleh adalah RM420 juta,” katanya.


Laporan oleh B Nantha Kumar, Hariz Mohd dan Qistina Nadia Dzulqarnain



Source link