CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin baik. Perdana Menteri malah secara spontan melompat sebanyak dua kali apabila diajukan soalan oleh pemberita berkenaan tahap kesihatannya kini. “Alhamdulillah, saya semakin sihat,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2, di sini hari ini. Pejabat Perdana Menteri Sebelum ini memaklumkan Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang dijadualkan pada Ahad lalu atas nasihat pasukan perubatan. Ia…






