Malaysia Oversight

Kesihatan Perdana Menteri memberangsangkan

By Utusan in January 18, 2026 – Reading time 1 minute
Kesihatan Perdana Menteri memberangsangkan


PETALING JAYA: Kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim berada pada tahap memberangsangkan dan membolehkannya meneruskan semua tugasan rasmi seperti dijadualkan.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi

“Keputusan pemeriksaan mengesahkan bahawa kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap yang memberangsangkan, serta membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

 





Source link