Malaysia Oversight

Kes tikam pelajar: Pisau, kerambit dibeli dalam talian

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Kes tikam pelajar: Pisau, kerambit dibeli dalam talian


Polis mengesahkan senjata tajam yang dirampas daripada suspek kes bunuh pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada semalam, dibeli secara dalam talian.

Ketua Polis Datuk Shazeli Kahar berkata senjata berkenaan, iaitu pisau dan kerambit dipercayai sudah lama dibeli oleh suspek lelaki berusia 14 tahun itu namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti bila pembelian dilakukan.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal bedah siasat, punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman yang berulang kali pada bahagian dada dan leher.

“Punca kematian adalah disebabkan oleh multiple stab pada bahagian dada dan leher, dan berdasarkan siasatan hanya senjata (pisau) digunakan,” katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

a954e3ff2912a018982df365d78dd49a

Shazeli berkata kes berkenaan tidak melibatkan unsur buli selain suspek juga tidak mempunyai rekod disiplin di sekolah.

Beliau berkata pihaknya percaya pengaruh media sosial dan dorongan emosi dikenal pasti sebagai antara faktor suspek berkelakuan sedemikian.

“Kita juga masih menyiasat platform dan medium media sosial yang dibuka atau dilihat oleh suspek,” katanya.

Dalam pada itu, Shazeli berkata sebanyak 57 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan termasuk guru dan pelajar sekolah, ahli keluarga mangsa dan suspek serta wakil kaunseling sekolah.

c55cda1ebad42e4ff54cbe695d71b0a7

Beliau berkata suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam insiden kira-kira 9.30 pagi itu, menyaksikan seorang pelajar perempuan tingkatan empat disyaki ditikam oleh suspek dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, iaitu di dalam kawasan sekolah mereka.

Bernama



Source link