Malaysia Oversight

Kes simbah asid Faisal Halim diklafikasi NFA

By MkiniBM in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Kes simbah asid Faisal Halim diklafikasi NFA


Pihak berkuasa gagal menemukan sebarang petunjuk dalam siasatan kes simbahan asid membabitkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim, sekali gus kes tersebut diklafikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perkara itu didedahkan peguamnya, Nik Zarith Nik Moustapha yang memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara mengenai status siasatan kes itu.

d6488e7607ecfc338b2866d5717e5105

“Kami menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara, yang mana pihak kami dimaklumkan bahawa kes ini telah diklafikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)

“Surat tersebut juga menyatakan pihak PDRM (polis) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek dan segala usaha telah dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuatkan hasil,” katanya pada sidang media di Kajang, hari ini.

Pada 5 Mei tahun lepas, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 27 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Penyerang sayap FC itu mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan memaksa berehat selama setahun daripada beraksi.

32274b4227dbd4f0ec3dc9997857d1ce

Nik Zarith berkata, sebelum ini pihaknya mengutuskan surat kepada beberapa pihak antaranya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bagi menggesa agar siasatan kes ini dipantau dan diberi kepentingan yang sewajarnya.

“Ternyata anak guam kami berasa kecewa dengan hasil keputusan tersebut.

“Kami akan teruskan perbincangan dengan anak guam untuk menentukan langkah-langkah seterusnya,” katanya.



Source link