Malaysia Oversight

‘Kes Riza Chalid tak jejas perbincangan sempadan laut Malaysia-Indonesia’

By MkiniBM in July 30, 2025 – Reading time 2 minute
'Kes Riza Chalid tak jejas perbincangan sempadan laut Malaysia-Indonesia'


Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin hari ini berkata proses undang-undang yang sedang berjalan di Indonesia terhadap hartawan minyak Riza Chalid, yang dilaporkan mempunyai hubungan di Malaysia, tidak akan memberi kesan kepada perbincangan dua hala mengenai isu Laut Sulawesi.

Bercakap di Dewan Rakyat, Mohamad turut mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Ibrahim di Jakarta semalam bahawa Malaysia tidak akan melindungi Riza yang telah dinamakan sebagai suspek kes rasuah besar.

“Perdana menteri telah menyatakan soal Riza Chalid ini soal perundangan. Dan kita tidak akan memberikan apa juga perlindungan. Tiada perlindungan kepada beliau. Kerana biarlah proses undang-undang itu berjalan. Ini komitmen daripada perdana menteri.

“Soal ia memberi apa juga impak kepada rundingan di Laut Sulawesi itu saya rasa tidak timbul pada masa ini. Yang penting ialah integriti kerjasama Malaysia-Indonesia itu kita pelihara,” kata Mohamad sebagai respons kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada sesi soal jawab di Parlimen.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa semasa sidang akhbar selepas bertemu ketua pengarang kanan “dihujani” dengan soalan mengenai Riza, yang digelar sebagai “saudagar minyak” Indonesia, dan dakwaan perkahwinannya dengan keluarga diraja Malaysia.

“Apakah isu ini memberi kesan kepada sebarang bentuk kerjasama melibatkan Laut Sulawesi antara Malaysia-Indonesia? Kerana saya lihat ada kenyataan daripada peguam negara Indonesia yang mempersoalkan kerumitan untuk ekstradisi proses, apabila diketahui Riza mungkin telah berkahwin dengan anak raja,” kata ahli parlimen itu.

semalam menegaskan pendirian diplomatik Malaysia dalam menangani isu sempadan maritim dengan Indonesia, termasuk pertikaian berlarutan di Laut Sulawesi.

Menjawab soalan wartawan Indonesia, Anwar menjelaskan bahawa dia mengenali Riza secara sepintas lalu tetapi tidak mengetahui keberadaan hartawan itu, termasuk sama ada dia berada di Malaysia atau tidak.

Perdana menteri juga berkata dia telah dimaklumkan oleh Kedutaan Indonesia mengenai permintaan ekstradisi untuk Riza.

Riza, dikatakan sebagai pemilik benefisial PT Tangki Merak dan PT Orbit Terminal Merak. Dia dituduh mengaut keuntungan daripada perjanjian pajakan simpanan bahan api yang melambung.

Tujuh belas individu termasuk eksekutif semasa dan bekas eksekutig Pertamina ditahan berhubung kes itu yang dilaporkan menyebabkan kerugian berjumlah Rp286 trilion (RM84.8 bilion).

*Laporan Alyaa Alhadjri, Qistina Nadia Dzulqarnain, N Faizal Ghazali



Source link