Malaysia Oversight

Kes penculikan Pamela Ling: Polis temui petunjuk baru

By MkiniBM in May 8, 2025 – Reading time 1 minute
Kes penculikan Pamela Ling: Polis temui petunjuk baru


Polis telah menemui petunjuk baru dalam kes penculikan Pamela Ling, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa.

Bagaimanapun, katanya polis tidak dapat mendedahkan butiran tentang perkembangan siasatan supaya tidak menjejaskan keselamatan mangsa.

“Sudah tentu ada pentunjuk baru tapi kita tak boleh kongsi, nanti rosak kes kita. Yang penting nak selamatkan dia, tak boleh tergopoh-gapah,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

4bcb41f5676f06cf8dd4840cc5fc9f6c
Rusdi Mohd Isa

Rusdi ditanya jika polis mempunyai petunjuk baharu mengenai kes itu.

Pesuruhjaya polis itu juga percaya Ling masih hidup. Katanya, berdasarkan rekod jabatan imigresen, mangsa berkemungkinan masih berada di negara ini.

“Ada kes orang lama hilang (tapi) hidup lagi, ada orang baru hilang dah mati, ini tak tentu.

“Tapi saya yakin dia masih ada lagi,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di ibu pejabat polis Kuala Lumpur, hari ini.

Rusdi juga mendedahkan bahawa penculikan Ling dilakukan oleh sekurang-kurangnya lapan individu.

a95557f207fcbb8be85ebeb24e98fe05

Dia berkata penculik datang dengan sejumlah lima kereta, tetapi siasatan mendapati mereka menggunakan plat pendaftaran klon.

[Baca berita penuh]



Source link