Kerugian Sebanyak RM110.3 Bilion Akibat Jenayah e-Dagang Direkodkan Setakat Ini
Amy Maizuraa
Jenayah e-dagang di Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada tahun 2025. Berdasarkan data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Malaysia, sebanyak 12,297 kes telah direkodkan dari Januari hingga Oktober 2025. Hal ini kerana jenayah e-dagang yang turut merujuk kepada proses jual beli dalam talian antara penjual dan pembeli kini semakin terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan.

Peningkatan ini mencatat lonjakan sebanyak 97% berbanding tahun 2024 sekali gus menunjukkan betapa pentingnya usaha segera untuk memperkukuh langkah keselamatan dalam transaksi digital. Lebih mengejutkan, nilai kerugian yang direkodkan akibat jenayah e-dagang kini mencecah RM110.3 bilion iaitu peningkatan sebanyak 105% berbanding tahun sebelumnya.
Angka ini bukan sahaja memberi kesan besar kepada pengguna malah turut menjejaskan keyakinan terhadap platform e-dagang tempatan. Justeru, pihak berkuasa menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati semasa melakukan urus niaga dalam talian serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi untuk pengesahan maklumat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






