Malaysia Oversight

Kertas siasatan kes tikam mati di sekolah dirujuk ke AGC hari ini

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Kertas siasatan kes tikam mati di sekolah dirujuk ke AGC hari ini


Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kes tikaman di sekolah yang berlaku pada 14 Oktober lalu — yang menyaksikan seorang mangsa berusia 16 tahun mati akibat ditikam — ke Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini untuk pertimbangan mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin Mamat, kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, suspek telah direman selama tujuh hari, antara 15 hingga 21 Oktober, dan polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami telah memperoleh tempoh reman lanjutan terhadap suspek, bermula hari ini hingga 28 Oktober, dan kami juga akan merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya hari ini untuk pertimbangan mereka,” kata Shamsudin.

Mangsa, Yap Shing Xuen, ditikam hingga mati di tandas perempuan di sekolahnya di Bandar Utama, , pada 14 Oktober. Laporan menyebut bahawa cinta tidak berbalas antara motif yang sedang disiasat.

f14239c1fe001d6071b0dc05a80e0690

Ibu mangsa, Wong Lee Ping, mengadakan sidang media dua hari kemudian, dan mendakwa anak perempuannya ditikam sebanyak 200 kali dari bahagian atas kanan badan hingga ke kaki.

Pada sidang media sama, bapa tiri Yap, How Boon Chin, merayu kepada pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.

Polis pada 17 Oktober lalu mengesahkan bahawa Yap mengalami banyak kesan tikaman, namun bilangan sebenar tidak dapat disahkan kerana mereka masih menunggu laporan bedah siasat.



Source link