Malaysia Oversight

Kerjaya “Jurutera Prom” Kini Tidak Lagi Relevan – Jawatan Yang Hangat Diperkatakan Sekitar Dua Tahun Lepas

By Amanz in April 28, 2025 – Reading time 2 minute
Kerjaya “Jurutera Prom” Kini Tidak Lagi Relevan – Jawatan Yang Hangat Diperkatakan Sekitar Dua Tahun Lepas


Kecerdasan Buatan

Kerjaya “Jurutera Prom” Kini Tidak Lagi Relevan – Jawatan Yang Hangat Diperkatakan Sekitar Dua Tahun Lepas

April 27, 2025

Aman

Ketika populariti ChatGPT mula meningkat naik sejak penghujung 2022, salah satu kerjaya atau jawatan yang hangat diperkatakan adalah “jurutera prom”, merujuk kepada pengguna yang bijak dalam menulis teks dan kata kunci sesuai untuk membolehkan sesuatu model kecerdasan buatan menghasilkan sesuatu selari kehendak dan keperluan syarikat. Pelbagai syarikat menawarkan gaji yang tinggi ketika itu, dalam mencari “jurutera prom”, supaya tidak terlepas dengan peralihan ke arena kecerdasan buatan.

Prompt

Namun, kini, selang lebih dua tahun, kerjaya berkenaan kini dilihat sudah tidak lagi relevan. Salah satu sebabnya adalah kerana model kecerdasan buatan sendiri yang semakin pintar, dan lebih mudah memahami keperluan pengguna.

Bukan itu sahaja, pelbagai syarikat juga turut menyediakan siri latihan kepada pekerja sedia ada dalam memahami lanjut model kecerdasan buatan yang digunakan oleh sesuatu syarikat. Malah, ketika awal era kecerdasan buatan sendiri, ramai dalam arena IT sedia menyasarkan yang mana ia adalah seumpama permulaan penggunaan enjin carian, dimana dari hari ke hari sistem akan lebih bijak sendiri, dan memaparkan apa yang dicari pengguna tanpa menggunakan sebarang kata kunci spesifik.

Semakan kami sendiri pada laman JobStreet tempatan mendapai hanya terdapat satu jawatan pelatih yang ditawarkan khusus untuk “jurutera prom”. Perkembangan ini juga secara tidak langsung memperlihatkan perkembangan kecerdasan buatan bukan sahaja memberikan impak kepada kerjaya lain, tetapi juga kerjaya-kerjaya yang hadir hasil dengan ledakan kecerdasan buatan ini sendiri.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link